Perdana Menteri kecewa gaji tidak setimpal kelayakan

Perdana Menteri kecewa gaji tidak setimpal kelayakan

Perdana Menteri kecewa gaji tidak setimpal kelayakan
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Farizul Hafiz Awang.

Kuala Lumpur: “Saya sedikit kecewa kerana gaji ditawar majikan tidak setimpal dan berpadanan dengan kelayakan dan kerja dilakukan oleh anak tempatan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, statistik MYFutureJobs menunjukkan gaji bagi kekosongan jawatan paling banyak ditawarkan di seluruh negara antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.

“Saya mengingatkan majikan bahawa mulai 1 Mei lalu gaji minimum seseorang pekerja ialah RM1,500 bagi keselesaan hidup.

“Saya meminta supaya majikan mengambil serius mengenai perkara ini kerana pekerja adalah tunjang utama dalam organisasi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Dagangan Dunia, di sini, hari ini.





Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan kini giat membangunkan ‘talent pool’ yang berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Menurutnya, inisiatif itu dibuat bagi membolehkan gaji yang ditawarkan majikan berpadanan dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki.





Katanya, bagi menangani ketidakpadanan ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) digesa berunding dengan pihak majikan dan wakil pekerja bagi mengenal pasti pendekatan dan solusi terbaik kepada masalah ini.

Malah, beliau berkata, platform ‘tripartite’ Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan konsultasi tiga penjuru bagi mencapai kata sepakat antara kerajaan, majikan serta pekerja.

Mengulas lanjut mengenai Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, beliau berkata, gabungan lima elemen iaitu majikan, pekerja, ekonomi gig, keusahawanan dan perusahaan sosial, memberikan solusi kerjaya yang lengkap kepada rakyat Malaysia.

Katanya, ekspo kerjaya yang disokong dengan pewujudan Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs yang mampu melakukan padanan pekerjaan dan perkhidmatan kerjaya lain selain menawarkan inisiatif kerajaan.

“Menerusi program JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP) ini, kerajaan dapat memangkinkan penciptaan peluang pekerjaan dan pengambilan pekerja sepanjang tahun ini, termasuk di ekspo kerjaya yang sedang berlangsung ini,” katanya.





Program yang menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan dengan pembabitan 1,000 majikan ini turut diiktiraf sebagai ekspo kerjaya terbesar di Malaysia.

Pekerja AS mogok, tuntut pampasan COVID-19

 

Perdana Menteri kecewa gaji tidak setimpal kelayakan

 






Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker