PRU 15: Ismail Sabri Buat ‘U-Turn’, Kluster Putrajaya Teraba-Raba

PRU 15: Ismail Sabri Buat 'U-Turn', Kluster Putrajaya Teraba-Raba

PRU 15: Ismail Sabri Buat ‘U-Turn’, Kluster Putrajaya Teraba-Raba

Sumber dalaman memaklumkan kepada pihak Edisi Siasat, Ismail Sabri dijangka akan memohon parlimen dibubarkan usai parlimen bersidang.

Untuk tujuan berkenaan, Ismail Sabri dijangka menghadap YDP sebaik sahaja usai parlimen bersidang dijangka akhir Julai 2022.

Sekiranya apa yang dimaklumkan kepada kami benar, dengan perkenan YDP Agong, PRU 15 dijangka akan diadakan selewat-lewatnya akhir September 2022.





Sekiranya merujuk kepada kenyataan media dari Ismail Sabri sendiri, beliau membayangkan PRU 15 akan diadakan lebih awal.

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/853560/pru-15-mungkin-lebih-awal-pm-metrotv

Sekiranya PRU 15 diadakan pada akhir September 2022, maka sudah tentu pemilihan parti UMNO akan diadakan selepas PRU 15.

Ini bermakna, usaha pihak tertentu yang mahu supaya pemilihan parti diadakan selepas PRU 15 telah menemui jalan buntu.





Kami juga dimaklumkan, Ismail Sabri dijangka tidak akan membentangkan Bajet 2023 sebelum PRU 15.

Bagi Edisi Siasat, ianya adalah keputusan yang tepat, kerana sekiranya Bajet 2023 dibentangkan sebelum PRU 15, banyak pihak akan menganggap ianya hanya sebagai lakonan sebelum PRU 15.

Asasnya mudah, kerajaan hybrid yang memerintah sekarang terdiri dari 3 parti yang saling bermusuhan.

Tidak ada jaminan ketiaga-tiga parti itu akan kekal sebagai kerajaan selepas PRU 15.

Berkemungkinan besar, dua dari tiga parti tersebut akan berada di blok pembangkang.





Apabila ini berlaku, maka sudah tentu, kerajaan baharu yang ditubuhkan terpaksa membentangkan bajet baharu.

Apa yang lebih menarik, Edisi Siasat dimaklumkan, kluster Putrajaya merasa amat kecewa dengan perkembangan terbaru ini.

Mereka kini berada dalam kemurungan tahap tertinggi memandangkan tempoh berkuasa mereka berakhir sudah terlalu dekat.

Kluster Putrajaya mestilah berlapang dada dengan nasib yang akan menimpa mereka selepas PRU 15 nanti kerana selama ini rakyat dan akar umbi sudah banyak berlapang dada dengan sikap mereka.

 





PRU 15: Ismail Sabri Buat ‘U-Turn’, Kluster Putrajaya Teraba-Raba

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker