Skuad basikal uji Velodrom Lee Valley VeloPark

Skuad basikal uji Velodrom Lee Valley VeloPark

Skuad basikal uji Velodrom Lee Valley VeloPark
Jurulatih John Beasley (empat dari kiri) bersama pelumba basikal trek negara di Velodrom Lee Valley VeloPark, Birmingham. – Foto John Beasley

KUALA LUMPUR: Barisan pelumba basikal trek negara semakin merasai bahang Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas diberi peluang untuk menguji Velodrom Lee Valley VeloPark iaitu venue pertandingan di temasya itu buat kali pertama, semalam.

Pelumba negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis, berkata dia sememangnya sudah bersedia untuk memulakan aksi di velodrom berkenaan dan bertekad untuk menghadiahkan pingat kepada pasukan.

Fadhil, 25, yang akan membuat penampilan kedua pada temasya kali ini akan menyertai empat acara iaitu acara kegemarannya, 1 kilometer (km) ujian masa individu, keirin, pecut individu dan pecut berpasukan.

“Sudah pasti saya mahu berikan prestasi terbaik. Harap saya dapat memenangi pingat untuk pasukan. Sejak tiba di sini, saya dapat rehat dan tidur yang cukup dan ia sesuatu yang bagus,” katanya yang menamatkan saingan acara 1km ujian masa di kedudukan ke-11 pada penampilan sulungnya empat tahun lalu di Gold Coast.





Sementara itu, seorang lagi pelumba, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut bersedia dari aspek mental dan fizikal bagi membawa cabaran negara dalam acara 1km ujian masa, keirin, pecut dan pecut berpasukan.

Dia yang turut membuat penampilan kedua kali ini selepas edisi Gold Coast mahu membuktikan sesuatu kepada jurulatihnya, John Beasley yang menjadi watak penting dalam kerjayanya.

“Saya memang sudah bersedia tetapi sedikit bimbang dengan jurulatih saya. Harap dia tidak begitu tertekan melihat aksi kami semua,” katanya yang turut beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020, tahun lalu.

Empat lagi atlet turut akan menggalas tugas di Birmingham iaitu Muhammad Ridwan Sahrom, Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.

 





Pelumba Sarawak cemerlang saingan JCM Siri 2 di Velodrom Nasional

Skuad basikal uji Velodrom Lee Valley VeloPark

 


Disyorkan Untuk Anda :


 


Disyorkan Untuk Anda :

 





Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker