Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin

Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin

Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin

Hakikat yang cuba dinafikan oleh kluster Putrajaya UMNO ialah akar umbi UMNO tidak sama, malah jauh berbeza dengan ahli PAS di peringkat akar umbi.

Ahli PAS di peringkat akar umbi memang dikenali dengan sifat ketaatan mereka terhadap pemimpin PAS.

Walau pun mutakhir ini sudah nampak angin perubahan, namun secara majoritinya, sikap sedemikian masih menebal di kalangan mereka.





Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/979404/ahli-pas-dah-tak-hormat-pemimpin

Tetapi akar umbi UMNO mempunyai sikap dan pendirian berbeza.

Taat mereka kepada parti dan bukannya kepada batang tubuh pemimpin.

Pemimpin tertentu dipertahankan dari pelbagai serangan musuh bukan atas kapasiti peribadi beliau, tetapi yang dipertahankan ialah institusi kepimpinan yang beliau sandang.





Dalilnya sangat jelas dan sekiranya dibuka lebaran sejarah UMNO, banyak menunjukkan sikap akar umbi UMNO tersebut.

Dr Mahathir menerajui UMNO selama 22 tahun.

Ketika beliau menjadi Presiden UMNO, akar umbi akan pertahankan beliau bermati-matian.

Tetapi apabila beliau khianat, malah mahu membunuh UMNO, maka akar umbi UMNO menyerang beliau dari segenap sudut.

Begitu juga Anwar Ibrahim.





Waktu beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO, setiap serangan yang beliau hadapi, maka akar umbi UMNO yang akan ke hadapan melindungi beliau.

Tetapi apabila beliau keluar dan mula menyerang pemimpin UMNO, tanpa menunggu arahan, akar umbi UMNO melakukan serangan balas.

Sebab itu, walau pun UMNO ditewaskan dalam PRU 14 pada tahun 2018, tidak ada satu cawangan dari lebih 22,000 cawangan UMNO ditutup.

Tidak ada satu bahagian dari 191 bahagian UMNO ditutup.

Benar, ketika berlakunya lompatan dari katak politik, ada antara akar umbi UMNO yang mengisytiharkan keluar parti untuk turut sama melompat.





Tetapi mereka itu adalah penyokong setia pemimpin tertentu yang mengkhianati roh perjuangan UMNO.

Dan kini, apabila UMNO kembali bangkit, ramai antara mereka yang bersegan-segan menyuarakan keinginan untuk kembali kepada UMNO.

Yang Berjasa Kepada Akar Umbi UMNO Dan Rakyat Ialah Parti, Bukan Pemimpin

Kami difahamkan, ada antara kluster Putrajaya yang mula mengungkit ‘jasa’ yang telah mereka taburkan kepada akar umbi UMNO selama ini.

Dakwa mereka, akar umbi UMNO janganlah menjadi golongan yang tidak mengenang budi dan bersifat, selepas madu dihisap, perdu diberakkan.

Sebenarnya, dakwaan kluster mahkamah itu tidak berasas.





Yang berjasa kepada akar umbi UMNO adalah parti dan bukannya pemimpin.

Pemimpin hanyalah sebagai alat perantaraan untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat.

Yang memberikan kuasa di Putrajaya kepada mereka adalah parti dan yang memberikan mandat kepada presiden parti untuk mencalonkan nama mereka adalah akar umbi.

Tidak mungkin kluster Putrajaya akan duduk di kerusi empuk dan di dalam bilik berhawa dingin di Putrajaya sekiranya mereka bertanding atas tiket BEBAS.

Apa yang mereka perlu fahamkan betul-betul ialah, rakyat membayar gaji puluhan ribu mereka untuk mereka melaksanakan apa yang mereka dakwa sebagai jasa kepada rakyat.

Bolehkah seorang anggota polis mendakwa sudah melakukan jasa yang besar apabila berjaya menangkap pencuri apabila beliau memang dibayar gaji untuk menjaga keamanan?

Kluster Putrajaya juga harus faham, jawatan yang mereka sandang adalah bertaraf kontrak.

Apabila kontrak tamat, maka terpulanglah kepada akar umbi UMNO dan rakyat, sama ada mahu menyambung atau menamatkan kontrak tersebut.

Bolehkah majikan dianggap zalim dan tidak mengenang budi apabila enggan menyambung kontrak kerja perkerja majikan tersebut.

Yang paling utama, kluster Putrajaya mesti fahamkan betul-betul ayat akar umbi di bawah ini:

“Bukan kami tidak mengenang budi pemimpin, tetapi kami lebih sayangkan parti, ketaatan kami bukan kepada pemimpin, tetapi kepada parti UMNO”.

 

Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker