Xavi mahu bergabung semula dengan Messi

Xavi mahu bergabung semula dengan Messi

Xavi mahu bergabung semula dengan Messi
Xavi (kanan) mahu Messi kembali semula ke Barcelona pada 2023.

LONDON: Bos Barcelona, Xavi dilaporkan mengintai untuk bergabung semula dengan Lionel Messi pada 2023 apabila meminta presiden kelab, Joan Laporta untuk membawa pulang pemain Argentina itu dari Paris Saint-Germain (PSG).

Messi meninggalkan Barca pada musim panas lalu di penghujung kontraknya dengan kelab berkenaan yang ketika itu bergelut dengan masalah kewangan.

Bagaimanapun, musim pertama Messi di ibu negara Perancis mengecewakan dengan ikon bola sepak itu hanya meledak 11 gol dan 15 kali membantu jaringan lain dalam semua pertandingan.

Walaupun kekurangan gol daripada Messi, PSG berjaya merampas kembali kejuaraan Ligue 1 dari Lille dengan sedikit cabaran.





Namun menurut Sport, kemungkinan kepulangan semula Messi ke Barca tetap ada pada 2023.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Bekas rakan sepasukannya yang kini bos Barca, Xavi mengarahkan Laporta untuk mencuba dan memikat Messi kembali ke Nou Camp.

Xavi percaya Messi akan membawa banyak perkara kepada kelab itu sama ada dari segi ekonomi mahupun sukan.





Terdapat keyakinan bahawa Messi masih mempunyai beberapa tahun lagi untuk beraksi.

Kembali ke kelab di mana semuanya bermula sebagai pemain ketika berusia 13 tahun akan menjadi perpindahan percuma.

Messi hanya mempunyai setahun lagi dalam kontraknya bersama PSG, yang akan membolehkannya berhijrah pada musim panas depan.

Laporta secara terbuka menyatakan bahawa babak Messi di Barca belum selesai.

Dalam temu bual dengan ESPN, Laporta berkata: “Saya tidak percaya babak Messi di Barcelona sudah berakhir dan saya percaya adalah tanggungjawab kita untuk memastikan bab itu masih terbuka, belum ditutup.





“Untuk mendapatkan saat bagi melakukannya seperti yang patut dilakukan supaya dia mendapat pengakhiran yang jauh lebih indah daripada apa yang dia miliki. Adakah saya rasa saya berhutang kepadanya? Ya.

“Secara moral, sebagai presiden Barcelona, saya fikir saya melakukan apa yang perlu dilakukan. Tetapi sebagai presiden Barcelona juga dan secara peribadi, saya percaya saya berhutang kepadanya,” katanya. – AGENSI

PRN Johor: PH Dan PN Bergabung Selepas PRN Johor?

Xavi mahu bergabung semula dengan Messi

 






Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker