4 gergasi ‘hitung’ nasib

4 gergasi ‘hitung’ nasib

4 gergasi 'hitung' nasib
ksi pemain TFC, Faisal Halim ketika menentang NSFC pada aksi pusingan pertama Liga Super yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

KUALA LUMPUR: Empat pasukan besar dalam Liga Super termasuk Negeri Sembilan FC (NSFC), Kedah Darul Aman (KDA), Selangor FC (SFC) dan Terengganu FC (TFC) akan membuat perhitungan nasib mereka, malam ini.

Paling mencuri tumpuan sudah pasti pertembungan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi antara NSFC dan TFC selain KDA bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur untuk berdepan Kuala Lumpur (KL) City.

Dendam disingkirkan TFC seawal pusingan pertama Piala FA tiga bulan lalu masih belum dilunaskan NSFC selepas pertembungan kedua-dua pasukan itu dalam Liga Super di Kuala Terengganu, 29 Jun lalu berkesudahan seri tanpa jaringan.

Jadi, aksi di laman sendiri kali ini adalah peluang terbaik buat pasukan kendalian K Devan untuk membalas kekecewaan yang diberikan anak buah Nafuzi Zain terhadap skuad Hobin Jang Hobin.





Atas kertas, peluang 50-50 dimiliki kedua-dua pasukan itu walaupun kedudukan NSFC dalam liga lebih tinggi apabila berada di tangga ketiga, sementara TFC di tempat keenam.

Kedua-duanya memiliki kelebihan dan kelemahan tersendiri dengan TFC pasti membawa motivasi tinggi apabila berjaya menempah slot separuh akhir Piala FA susulan kemenangan 4-1 ke atas Kuching City, Sabtu lalu.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Justeru, percaturan dua anak tempatan, Devan dan Nafuzi yang akan menentukan sama ada skuad Hobin Jang Hobin atau skuad Penyu yang berhak untuk mendapat tiga mata berharga.





Pasukan tangga keempat, KDA juga berdepan tugas getir apabila menentang juara Piala Malaysia musim lalu, KL City yang dianggap sebagai pasukan penuh muslihat.

Apa yang menggusarkan penyokong ketika ini adalah mengenai prestasi tidak menentu Sang Kenari walaupun mereka walaupun berjaya mengalahkan Sarawak United 3-1 pada 19 Julai lalu.

Sementara itu, Selangor juga dijangka tidak berdepan laluan mudah untuk meneruskan momentum kemenangan meskipun berdepan pasukan bergelut, Sri Pahang di Stadium Darul Makmur.

Berdasarkan prestasi semasa, kelebihan jelas dimiliki Selangor dengan skuad Red Giants masih belum tewas dalam empat perlawanan terakhir termasuk dua dalam Piala FA.

Nasib berbeza menimpa Sri Pahang yang kini menghuni tangga kedua tercorot dan mengalami prestasi buruk tewas dalam semua empat perlawanan terakhir dengan yang terbaharu disingkirkan Penang dari Piala FA selepas tewas 2-5 di gelanggang sendiri, Sabtu lalu.





Juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula dijangka tidak berdepan masalah untuk membawa pulang tiga mata dari Stadium Negeri, Kuching apabila berdepan pasukan Sarawak United.

Apa yang menjadi perhatian peminat ketika ini adakah JDT sekali lagi akan turun tanpa kelibat ketua jurulatihnya, Benjamin Mora yang sebelum ini tidak bersama pasukan dalam dua perlawanan terakhir Harimau Selatan?

 

Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!





4 gergasi ‘hitung’ nasib

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker