Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

Akhirnya selepas cubaan kedua dari kerajaan, parlimen telah meluluskan usul untuk melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA bagi tempoh 5 tahun lagi.

Usul tersebut telah dililuskan dengan undi belah bagian di parlimen selepas lebih 15 orang ahli parlimen pembangkang bangun dan meminta dilakukan.

Usul kerajaan menang dengan undian 111 menyokong, 88 undian membantah dan 24 ahli parlimen tidak hadir.





Sebelum ini usul tersebut telah ditolak di parlimen apabila pihak kerajaan telah kalah dalam undian belah bagian di parlimen.

Ahli Parlimen Masih Berpolitik Di Dalam Dewan Rakyat

Namun apa yang sangat kami kesali sewaktu menonton perbahasan di parlimen itu sikap ahli parlimen dalam membahaskan isu penting negara.

Sangat dikesali apabila masih ada ahli parlimen yang cuba mempolitikkan isu perlembagaan yang bersangkutan dengan keselamatan negara dan rakyat.





Sikap sesetengah ahli parlimen yang berbahas tidak langsung mempamerkan kematangan sikap dan pemikiran mereka sebagai golongan yang perlu dihormati.

Suasana hiruk pikuk dan bertikaman lidah mengenai ideologi politik telah menenggelamkan isu pokok yang penting untuk dibahaskan.

Parlimen atau Dewan Rakyat adalah tempat untuk dibahaskan masalah rakyat dan menggubal atau meminda perlembagaan.

Ianya bukan tempat untuk melepaskan geram atau marah akibat dari berbeza fahaman politik.

Apakah ahli parlimen di Malaysia tidak tahu sikap mereka ketika perbahasan di parlimen boleh ditonton seluruh dunia?





Tidakkah mereka malu apabila sikap mereka yang terjerit-jerit di parlimen menjadi bahan lawak di seluruh dunia?

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pernah mengingatkan ADUN Johor supaya tidak menjadikan Dewan Undangan Negeri sebagai medan perbalahan politik dan perebutan kuasa.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14.

“Ingin saya ingatkan DUN ini tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor”.





“Jangan cemarkan dewan ini dengan perangai buruk, ini adalah dewan mulia bukan dewan sangkar beruk,” titah baginda.

Apakah kini ‘beruk-beruk’ di Johor sudah berpindah ke Dewan Rakyat di Kuala Lumpur?

 

Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker