Anggota tentera maut terkena renjatan elektrik
Anggota tentera maut terkena renjatan elektrik

TAMPIN: Seorang anggota tentera maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bertugas di Pos Zulu Kem Asahan berhampiran Kem Syed Sirajuddin Gemas, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Mark Anak Rungai, 38, dikatakan tidak sedarkan diri ketika membuat penyambungan set jana kuasa di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman, berkata pihaknya menerima panggilan daripada anggota bertugas di Pos Zulu, Kem Asahan yang memaklumkan kejadian itu.
“Ketua Polis Balai Air Kuning Selatan bersama anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah dihantar ke Hospital Tentera Darat, Kem Syed Sirajuddin.
“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa mahu menyambung wayar lampu ke jana kuasa yang dihidupkan dan dikatakan terkena renjatan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, difahamkan ketika kejadian itu, rakan setugas mangsa berada di lokasi dan menyaksikan kemalangan berkenaan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?
- Kes UKSB: Salam RM2.6 Juta
- PRU 15: Ismail Sabri Buat ‘U-Turn’, Kluster Putrajaya Teraba-Raba
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di Kem Tentera Darat, Kem Syed Sirajuddin, kira-kira jam 10.30 malam dan hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kecederaan serta unsur jenayah.
“Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tampin bagi mengetahui punca kematian. Kes ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.
Lelaki maut terkena renjatan elektrik
Anggota tentera maut terkena renjatan elektrik
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sini Dengan Penafian Mahathir
- Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC
- Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin
Lawati Laman :
Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!