Arab Saudi rancang bina bangunan pencakar langit cecah RM4 trilion

Arab Saudi rancang bina bangunan pencakar langit cecah RM4 trilion

Arab Saudi rancang bina bangunan pencakar langit cecah RM4 trilion
MIRROR Line akan menjadi sebahagian daripada bandar futuristik NEOM. – AGENSI

RIYADH: Arab Saudi mendedahkan rancangan untuk membina sebuah bangunan pencakar langit yang dianggarkan bernilai AS$1 trilion (RM4.45 trilion).

Pencakar langit dikenali sebagai Mirror Line, akan dibuat daripada kaca cermin dan dibina lebih tinggi berbanding Bangunan Empire State di Amerika Syarikat (AS).

Lapor Daily Mail, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman mengumumkan Mirror Line akan menjadi sebahagian daripada bandar futuristik NEOM, Januari lalu.

Beliau menyimpan hasrat besar mahu Riyadh menempatkan projek pembinaan ikonik seperti Piramid Mesir.





“Projek Mirror Line dilihat merupakan revolusi peradaban yang mengutamakan manusia,” kata Mohammed Salman.

Mirror Line bakal merangkumi dua bangunan setinggi 487 meter yang selari antara satu sama lain dan merentasi padang pasir, pantai dan landskap pergunungan sepanjang 120 kilometer (km).


Disyorkan Untuk Anda :


Sebelum ini, Mohammed Salman dilaporkan mahu projek Mirror Line siap menjelang 2030.

Namun, pasukan jurutera memaklumkan bangunan pencakar langit itu boleh mengambil masa selama 50 tahun untuk dibina.

“Bangunan ini terlalu panjang sehingga ia akan didirikan di atas struktur keras untuk mengambil kira kelengkungan bumi dan juga mempunyai laluan kereta api berkelajuan tinggi di bawahnya.





“Jika siap sepenuhnya, bangunan pencakar langit itu akan merentasi dari Teluk Aqaba melalui banjaran gunung dan pantai sehingga ke `aerotropolis’ padang pasir,” jelas laporan Wall Street Journal.

Projek itu dijangka menempatkan lima juta penduduk selepas siap dibina.

Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

Arab Saudi rancang bina bangunan pencakar langit cecah RM4 trilion

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker