Bapa cuba jual tiga anak albino untuk ritual ilmu hitam
Bapa cuba jual tiga anak albino untuk ritual ilmu hitam
MAPUTO: Seorang bapa yang ingin menjual tiga anaknya yang menghidap albino untuk digunakan dalam ritual sihir ditahan di Mozambique sebelum melakukan urus niaga itu.
Polis di wilayah barat laut Tete berkata, tiga kanak-kanak berusia sembilan hingga 16 tahun itu diselamatkan hujung minggu lalu selepas memperoleh maklumat daripada orang yang tidak dikenali.
Turut ditahan adalah bapa saudara mereka yang didakwa bersubahat dengan bapa mereka untuk menguruskan penjualan berkenaan.
Kedua-duanya didakwa merancang untuk menyeludup kanak-kanak di bawah umur ke Malawi, di mana mereka boleh dijual pada harga kira-kira AS$40,000 (RM178,275), kata jurucakap polis tempatan, Feliciano da Camara dalam sidang akhbar.
Kedua-dua lelaki terbabit menafikan sebarang pembabitan dalam kes itu.
Disyorkan Untuk Anda :
- Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?
- Kes UKSB: Salam RM2.6 Juta
- PRU 15: Ismail Sabri Buat ‘U-Turn’, Kluster Putrajaya Teraba-Raba
“Siasatan sudah dijalankan dan (tiga) kanak-kanak bawah umur terbabit berjaya diselamatkan,” kata Camara.
Albino, disebabkan oleh kekurangan melanin, pigmen yang mewarnai kulit, rambut dan mata, adalah anomali genetik yang membimbangkan ratusan ribu orang di seluruh dunia.
Beberapa negara subSahara Afrika telah mengalami gelombang penganiayaan terhadap albino, yang bahagian tubuh penghidapnya dicari untuk amalan sihir dengan kepercayaan bahawa ia membawa tuah dan kekayaan.
Pada 27 Jun, mahkamah di Malawi menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun kepada seorang paderi Katholik dan beberapa orang lain berhubung pembunuhan seorang lelaki penghidap albino pada 2018. – AFP
Bapa cuba jual tiga anak albino untuk ritual ilmu hitam
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sini Dengan Penafian Mahathir
- Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC
- Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin
Lawati Laman :
Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!