Beberapa kawasan di Semenanjung putus bekalan elektrik
Beberapa kawasan di Semenanjung putus bekalan elektrik

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan elektrik sejak jam 12:39 tengah hari tadi membabitkan 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.
TNB dalam kenyataan hari ini berkata, antara kawasan terbabit adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota.
Bagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terbabit kecuali di kawasan Lembah Klang.
Sementara itu kalangan pengguna yang terjejas menceritakan keadaan mereka menerusi media sosial.
Perkongsian orang ramai menerusi ciapan di laman Twitter umpamanya menunjukkan beberapa pusat beli-belah dan pasar raya di ibu negara juga bergelap.
Disyorkan Untuk Anda :
- Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?
- Kes UKSB: Salam RM2.6 Juta
- PRU 15: Ismail Sabri Buat ‘U-Turn’, Kluster Putrajaya Teraba-Raba
Terdahulu TNB Careline menerusi Facebook dan Twitter rasminya, mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.
“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya.

Ketika berita ini ditulis, antara kawasan yang dikesan berdepan gangguan elektrik termasuk di beberapa kawasan di Shah Alam, Petaling Jaya, Ampang, Bangsar, Cheras serta Bangi.
Difahamkan, gangguan juga membabitkan beberapa negeri termasuk di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan.
Pengguna Twitter, Thinarasan Ambikapathi @ThinarasanA dalam ciapannya – ‘Kuala Lumpur Electric Black Out #tnb’
“Friends across Bangsar, Old Klang Road, Segambut, Mont Kiara and Subang just reported having their electricity cut- is anyone else also going through the same?” ciap azlynbalqis @lynfunkstar di Twitternya.
Kejadian bekalan elektrik terputus berlaku di Sunway Pyramid. – Video Ihsan pembaca pic.twitter.com/tjNxBB9ZuX
— Berita Harian (@bharianmy) July 27, 2022
Kejadian bekalan elektrik terputus berlaku di Sunway Pyramid. – Video Ihsan pembaca pic.twitter.com/tjNxBB9ZuX
— Berita Harian (@bharianmy) July 27, 2022
Utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka hujan lebat, ribut
Beberapa kawasan di Semenanjung putus bekalan elektrik
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sini Dengan Penafian Mahathir
- Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC
- Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin
Lawati Laman :
Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!