Dibelasah Melaka, Zainal anggap aksi terburuk

Dibelasah Melaka, Zainal anggap aksi terburuk

Dibelasah Melaka, Zainal anggap aksi terburuk
Ifedayo Olusegun menjaringkan gol ketiga Melaka United ketika menentang Penang FC pada aksi Liga Super malam tadi. – FB Melaka United

MELAKA: Kekalahan besar Penang FC kepada Melaka United (MU) 1-4 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi dianggap persembahan terburuk jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan sejak dia mengambil alih pasukan.

Katanya, ketiadaan beberapa pemain yang mengalami kecederaan dan penggantungan antara faktor permainan skuad kendaliannya ‘tidak menjadi’ namun dia enggan memberi alasan.

Menurutnya, apa yang penting dia perlu melihat ke hadapan dengan memperbaiki persembahan pasukan selain melakukan `post mortem’ bagi membolehkan pemainnya kembali bangkit dalam perlawanan akan datang.

“Malah saya sentiasa memberi penekanan terhadap kelemahan pertahanan yang sentiasa diberi perhatian sebaik diberi tanggungjawab membimbing pasukan.





“Namun kali ini aksi kembali tidak teratur dan tersusun. Malah perlawanan malam ini boleh dikatakan terburuk yang dipamerkan sebaik mengendalikan pasukan, justeru ia perlu terus diperbaiki,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


Sementara itu, pengendali Melaka, Mohd Asri Ninggal berkata, dia mengucapkan tahniah kepada pemain yang beraksi cemerlang dalam perlawanan terbabit.

Walaupun tewas dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi persembahan bermati-matian pada suku akhir Piala FA Sabtu lalu, namun katanya fokus mereka sepanjang 90 minit berdepan Penang berselang tiga hari amat baik.

Katanya, kemenangan berkenaan moral terbaik menjelang aksi berdepan Sabah di Likas, Ahad ini.

Gol-gol kemenangan Melaka dalam perlawanan berkenaan dihasilkan menerusi pemain import, Emmanuel Oti seawal minit keempat, Adriano (36), Ifedayo Olusegun (58), Justin Baas (60) sementara jaringan Penang menerusi sepakan percuma Lucas da Silva empat minit sebelum tamat perlawanan.





Ia ribut taufan terburuk dalam sejarah – Biden

Dibelasah Melaka, Zainal anggap aksi terburuk

 

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker