Echeverria enggan beri tekanan

Echeverria enggan beri tekanan

 

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim II (JDT II) Marianio Echeverria enggan meletak sasaran kejuaraan Liga Perdana pada musim ini selepas membelasah UiTM FC 4-0 pada aksi liga di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam tadi.

Pengendali dari Argentina itu berkata, JDT II perlu mengharungi baki tujuh perlawanan lagi dan enggan memberi tekanan buat barisan pemain supaya mengejar kejuaraan liga sebaliknya mahu memberi tumpuan pada setiap perlawanan yang diharungi.

“Kami tidak mahu beri tekanan kepada pemain, biar mereka selesa untuk beraksi dan mengharungi satu demi satu perlawanan kerana senario itu bakal beri mereka beraksi dengan tenang dan mengikut perancangan taktikal yang direncanakan.





“Pungutan mata kami dengan Kelantan FC hanya satu mata sahaja di mana kami sudah mengumpul 25 mata manakala kelab dari Pantai Timur itu berkelebihan satu mata. Apapun perjalanan untuk mengakhiri saingan liga masih jauh.

“Saya bangga dengan corak permainan yang ditampilkan kesebelasan pemain apabila melakar kemenangan besar menewaskan UiTM FC. Malah persembahan pemain baharu, Daniel Ting juga konsisten walaupun pertama kali beraksi di posisi bek tengah berbanding posisi asalnya bek kiri,” kata Echeverria.


Disyorkan Untuk Anda :


Pada perlawanan itu, kebolehan pemain tempatan JDT II mencipta gol menerusi pemain muda, Daryl Sham George pada minit ke-20 dan 62 serta gol minit akhir Gabriel Nistelrooy Tamin membuktikan pasukan itu tidak terlalu bergantung kepada barisan pemain import.

Gol Moussa Sidibe pada minit ke-26 menyemarakkan lagi semangat pemain tempatan untuk menyerlah pada perlawanan itu.

“Daryl Sham sudah menunjukkan peningkatan mendadak dalam corak permainannya apabila menemui sentuhan penyudah yang berkesan dan saya harus gilap lagi corak permainannya bagi memastikan dia bersedia untuk diserapkan di dalam skuad utama Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya.





Sementara itu pengendali UiTM FC, Ismail Ibrahim mengakui barisan pemainnya gugup dan gagal mengawal permainan dengan baik sehingga mudah buat pemain JDT II menguasai bola serta menghukum kesilapan yang dilakukan.

“Kami ada baki lima perlawanan dan misi utama memburu slot ke saingan Piala Malaysia. Kesemua perlawanan itu nanti ibarat final bagi kami dan harus menang tiga aksi di laman sendiri serta cuba mencuri mata pada dua aksi di tempat lawan,” kata Ismail.

Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

 





Echeverria enggan beri tekanan

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker