Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC

Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC

Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC

DS Najib telah melantik mantan Menteri di JPM (Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen, Zaid Ibrahim, untuk membantu Shafie Abdullah sebagai peguambela utama beliau.

Zaid Ibrahim dari Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) akan berhujah dalam rayuan akhir DS Najib di Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC.

Tetuan Shafee & Co memaklumkan melalui surat Pemakluman Perberhentian Kaunsel dan Peguam Cara kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan.





Tetuan Shafee & Co menyatakan bahawa firma guaman itu menerima surat daripada Najib pada jam 5 petang semalam.

Menerusi surat yang sama, firma itu menyatakan bahawa DS Najib memaklumkan beliau melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST).

“Sehubungan itu, pihak kami sedang berusaha melengkapkan proses penyerahan dokumen secara fizikal dan digital kepada ZIST”.

“Ianya dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada hari ini,” jelas Shafie melalui suratnya.

Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Queen’s Counsel (QC) dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib.





Sehari sebelum itu, mahkamah menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuannya.

Ia berhubung pembabitan Zeti Akhtar, yang didakwa bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan.

Zeti didakwa membantu Jho Low bagi memudahkan Jho Low menyeleweng dana 1MDB dan SRC.

Rayuan akhir DS Najib di Mahkamah Persekutuan dijadualkan didengar selama 10 hari bermula pada 15 Ogos ini.

 





Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker