JDT hantar Syamer ke Barcelona

JDT hantar Syamer ke Barcelona

JDT hantar Syamer ke Barcelona
JDT hantar Syamer ke Barcelona untuk pembedahan lutut.

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan pemain tengah, Syamer Kutty Abba menjalani pembedahan di Barcelona, Sepanyol.

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, JDT menjelaskan pemain kebangsaan itu berada di bawah pengawasan pakar bedah sukan, Dr Juan Manuel Boffa untuk kecederaan lutut yang dialami.

“Menerusi kerjasama dengan Dr Boffa yang juga konsultan kepada Manchester City, pemain JDT yang cedera akan dihantar ke Barcelona untuk mendapatkan rawatan dan memastikan proses pemulihan berlaku dengan baik di bawah seliaan beliau,” jelas kelab itu.

Untuk rekod, sebelum ini JDT pernah menghantar Gary Steven Robbat, Syafiq Ahmad, Natxo Insa, Ramadhan Saifullah dan S Kunanlan untuk mendapatkan rawatan Barcelona.





Syamer yang menyertai JDT sejak 2018 turut menjadi tonggak penting buat skuad kebangsaan dengan dia dianggap sebagai antara watak utama membawa Malaysia layak secara automatik ke Piala Asia 2023 selepas 42 tahun.

Justeru, usaha JDT menghantar pemain berusia 24 tahun itu ke Barcelona bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik bukan sahaja dapat memberi kesan kepada Harimau Selatan, malah ia juga satu perkembangan positif buat Harimau Malaya.

Lewandowski sah milik Barcelona

JDT hantar Syamer ke Barcelona


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker