Kecewa Pembantu Rumah Menghilang

Netizen Syak Ada Sebab ‘Maid’ Larikan Diri - “Dia Takkan Lari Tanpa Sebab” –

Kecewa Pembantu Rumah Menghilang

Kecewa Pembantu Rumah Menghilang

Baru-baru ini viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nina Emelyn yang meluahkan rasa kecewa apabila pembantu rumahnya bertindak menghilangkan diri.

Menerusi video tersebut, pembantu rumah dipercayai warga Indonesia itu dilihat sedang menjaga anak majikan dan melakukan tugasan-tugasan harian seperti mengelap cermin, menyapu rumah dan sebagainya.

Menurut majikannya, dia berasa kesal kerana pembantu rumah itu sanggup melarikan diri walaupun sudah dilayan dengan baik.





Buat baik pun lari jugak! apakah ini satu permainan? nampak makin ramai orang up status maid lari..

Jelasnya lagi, dia telah melayani pembantu rumah itu dengan baik sehingga sanggup membelikan pakaian serta seluar baharu, malah memberikannya duit raya dan baju raya.

Dalam pada itu, majikan itu memaklumkan bahawa pembantu rumah itu telah melarikan diri pada pukul 1 pagi dan akan memberikan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai wanita itu.

klau perempuan ni nk kerja rumah awk tlg banned kan. jgn bg masuk pun! hati2

? suara asli – Hi, ini meme – ?????????????





Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah menghentam semula majikan berkenaan dan mengesyaki pasti ada sesuatu yang tidak kena yang menjadikan punca mengapa pembantu rumah itu memilih untuk melarikan diri.

Kalau ada yang lari, maknanya majikan tak ok – netizen.

Kalau saya jumpa pun saya takkan bagitahu. Kalau lah betul majikan baik takkan dia lari tanpa sebab, kadang perjanjian tak sesuai dengan kenyataan,” tulis seorang pengguna TikTok.

Malah, ada juga yang mendakwa perkara itu sebenarnya merupakan rancangan tipu helah agent bagi mengaut keuntungan.

Ini plot twist agent.. memang agent yang suruh lari.. – netizen.





Kalau maid dari agent, trick dari agent tu sis.. bila lari kita apply maid baru, bayar lagi dekat agent,” tulis seorang lagi warganet.

Wanita didakwa buat hantaran gambar lucah di Twitter

Kecewa Pembantu Rumah Menghilang

 


Disyorkan Untuk Anda :


 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker