Kenal tak sampai 24 jam dicekup berkhalwat di hotel
Kenal tak sampai 24 jam dicekup berkhalwat di hotel

KULIM: Selepas hanya berkenalan tidak sampai 24 jam menerusi aplikasi media sosial, seorang lelaki berstatus suami orang dicekup kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel, di sini, malam tadi.
Mereka didapati berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel itu pada jam 10.15 malam, ketika serbuan dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).
Malah dalam serbuan itu, lelaki terbabit ditemui bersembunyi di bawah katil untuk mengelak daripada dikesan anggota penguat kuasa tetapi gagal.
Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad, berkata lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai datang dari Perak kerana mempunyai urusan kerja sebelum bertemu wanita terbabit.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan pasangan suami isteri atau mahram.
“Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Isu Menghina Agama Islam: Serendah Itukah Nilai Islam Di Sisi Perlembagaan Malaysia?
- Kes UKSB: Salam RM2.6 Juta
- PRU 15: Ismail Sabri Buat ‘U-Turn’, Kluster Putrajaya Teraba-Raba
“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.
“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Anwar Shariffudin berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan, terutama di kawasan hotel yang disyaki menjadi tumpuan pasangan tiada ikatan suami isteri atau mahram, dalam usaha membanteras kegiatan maksiat di sekitar daerah ini.
Kenal tak sampai 24 jam dicekup berkhalwat di hotel
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sini Dengan Penafian Mahathir
- Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC
- Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin
Lawati Laman :
Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!