Kontinjen Para ASEAN sasar 16 emas

Kontinjen Para ASEAN sasar 16 emas

Kontinjen Para ASEAN sasar 16 emas
Kontinjen Sukan Para ASEAN negara dibarisi 73 atlet dan 43 pegawai akan membawa cabaran di Solo, Indonesia bermula Sabtu ini. – Foto Majlis Sukan Negara

KUALA LUMPUR: Enam belas pingat emas menjadi sasaran kontinjen Malaysia yang dibarisi 73 atlet ke Sukan Para ASEAN di Solo, Indonesia bermula Sabtu ini.

Ketua kontinjen Kolonel (B) Md Nor Azam Ariffin berkata, kontinjen yang turut dibarisi 43 pegawai serta jurulatih itu perlu diterapkan dengan ‘kata-kata azimat’ bagi membolehkan sasaran yang disandarkan dapat menjadi realiti.

“Harapan saya, atlet para ke Sukan Para ASEAN ini pergi dengan semangat tinggi, berkobar-kobar untuk mencapai hasrat kita hajati,” kata Nor Azam.

“Hasrat kita seboleh-bolehnya mencapai 16 pingat emas. Pesanan saya kepada mereka, mereka perlu menawan segala kelemahan dalam diri dan mencapai hajat dikehendaki.





“Jalur Gemilang ke Sukan Para ASEAN Solo 2022 dibawa atlet lontar peluru F55 (berkerusi roda), Mohd Zikri Zakaria.


Disyorkan Untuk Anda :


Kontinjen negara turut disertai atlet berpengalaman seperti jaguh lompat jauh para, Datuk Abdul Latif Romly; jaguh lontar peluru para, Muhammad Ziyad Zolkefli dan jaguh olahraga, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi.

Malaysia akan menyertai 11 sukan daripada 14 dipertandingkan antaranya olahraga, memanah, para badminton yang turut disertai jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, boccia, catur powerlifting, goalball dan para renang.

Pada penampilan di Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, kontinjen negara meraih 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa untuk berada di tangga kedua keseluruhan di belakang Indonesia, 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa.

12 wanita korban tanah runtuh lombong emas di Indonesia





 

Kontinjen Para ASEAN sasar 16 emas


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker