Lelaki maut nahas dua kereta

Lelaki maut nahas dua kereta

Lelaki maut nahas dua kereta

Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 5 Jalan Gaung-Kuala Ping – Teris di sini malam tadi. – Foto polisKUALA BERANG: Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 5 Jalan Gaung-Kuala Ping – Teris di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa yang juga pemandu Proton Wira, Mohd Ruzaini Daraman, 55, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata nahas dipercayai berlaku ketika pemandu Perodua Aruz bersama tiga ahli keluarganya dalam perjalanan dari rumah mentua di Kampung Pelong, Sungai Tong, Setiu ke rumah abangnya di Kuala Berang.





Lelaki maut nahas dua kereta
Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 5 Jalan Gaung-Kuala Ping – Teris di sini malam tadi. – Foto polis

Tiba di tempat kejadian iaitu di selekoh Kampung Tajin, sebuah kereta Proton Wira dipandu mangsa bersama isteri dan cucunya yang datang dari arah Kuala Berang ke Kampung Kuala Jeneris secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

“Kejadian itu menyebabkan pemandu Perodua Aruz yang berusia 44 tahun itu tidak sempat membrek dan mengelak sebelum melanggar kenderaan dinaiki mangsa.


Disyorkan Untuk Anda :


“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam mangsa lain dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mohd Adli berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HHT untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk tindakan lanjut.

Dua wanita maut, seorang cedera dalam nahas dua kenderaan





Lelaki maut nahas dua kereta

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker