Mahkamah Tinggi Ipoh: ADUN Tronoh Di Dapati Bersalah Merogol Pembantu Rumah

Mahkamah Tinggi Ipoh: ADUN Tronoh Di Dapati Bersalah Merogol Pembantu Rumah

Mahkamah Tinggi Ipoh: ADUN Tronoh Di Dapati Bersalah Merogol Pembantu Rumah

ADUN Tronoh, Paul Yong didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan merogol amah warga Indonesia, 3 tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Oleh itu, mahkamah mensabitkan tertuduh dengan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.





Abdul Wahab membacakan penghakiman kira-kira pukul 10.10 pagi.

Paul Yong, memakai kemeja putih, berada di kandang tertuduh kelihatan tenang ketika penghakiman itu dibacakan.

Paul Yong, 51, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Beliau juga boleh dikenakan sebatan seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Pada 23 Ogos 2019, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol wanita warga Indonesia berusia 25 tahun di rumahnya.





Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di antara 8.15 hingga 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Mahkamah menangguhkan prosiding seketika bagi membolehkan pihak pembelaan menyediakan hujahan rayuan.

 

Mahkamah Tinggi Ipoh: ADUN Tronoh Di Dapati Bersalah Merogol Pembantu Rumah

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker