Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sinis Dengan Penafian Mahathir

Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sinis Dengan Penafian Mahathir

Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sinis Dengan Penafian Mahathir

Dalam artikel semalam, Edisi Siasat melapurkan pendedahan saksi pendakwaan kes UKSB, David Tan dalam Mahkamah Tinggi.

Baca di sini:

https://edisisiasat.online/2022/07/26/kes-uksb-salam-rm2-6-juta/





David Tan mendedahkan Dr Mahathir juga tersenarai sebagai penerima sumbangan dana politik dari UKSB.

David Tan memberitahu Mahkamah Tinggi wang itu diserahkan melalui anak saudara Dr Mahathir, Rahmat Abu Bakar.

Ekoran dari pendedahan David Tan, Dr Mahathir dengan segera membuat penafian.

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/865023/dr-mahathir-nafi-terima-sumbangan-uksb





Hujah klishe penafian Dr Mahathir ialah:

“Kalau betul ada beri, tunjukkanlah buktinya, sila periksa akaun saya sama ada saya ada terima atau tidak”.

Ibarat menegakkan benang yang basah, mungkin 20 tahun yang lalu, hujah yang Dr Mahathir berikan itu mampu menutup cerita yang sebenar, tetapi hari ini sudah ianya sudah tidak laku.

Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah satu dunia sudah tahu, modus operandi Dr Mahathir ‘menyembunyikan’ kekayaan beliau.

Sebastian Loh pernah mendedahkan amalan kronisme Dr Mahathir yang menggunakan kroni beliau untuk menutup aktiviti ‘under table’ yang dilakukan.





Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420694/kronisme-ciptaan-dr-mahathir-lebih-teruk

Edisi Siasat tidak memihak kepada mana-mana, namun kami setuju dengan desakan supaya lapuran ‘Panama Papers’ dibahas di parlimen.

Ianya akan mendedahkan senarai nama ahli politik yang memiliki kekayaan luarbiasa dan menyorokkan kekayaan mereka di negara persisiran pantai.

Baca di sini:





https://www.sinarharian.com.my/article/166478/BERITA/Nasional/NGO-desak-Parlimen-bahas-isu-Panama-Papers-Pandora-Papers

Mengenai dana politik yang didakwa diberi kepada Dr Mahathir, tidak perlu Dr Mahathir menjadi terlalu ‘jumpy’.

Menteri di JPM, Wan Junaidi, sudah memberikan jaminan di parlimen, semua nama yang tersenarai sebagai penerima dana dari UKSB akan disiasat oleh SPRM.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/212990/BERITA/Nasional/SPRM-akan-panggil-penama-dalam-lejar-UKSB





Jadi, itulah forum yang paling sesuai untuk Dr Mahathir membuktikan beliau tidak menerima dana tersebut.

Dr Mahathir pernah menempelak dan mendakwa Muhyiddin tidak menyerahkan dana yang diterima kepada parti PPBM.

Persoalannya, adakah Dr Mahathir menyerahkan duit RM2.6 juta kepada PPBM, sekiranya beliau memang menerimanya?

 

Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sinis Dengan Penafian Mahathir

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker