Suara serak, Presiden AS makin pulih jangkitan Covid-19
Suara serak, Presiden AS makin pulih jangkitan Covid-19

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memaklumkan beliau kini berada dalam keadaan lebih baik selepas dijangkiti Covid-19 sejak eberapa hari lalu.
Pada masa sama, Biden memaklumkan White House akan mengadakan persidangan bagi membincangkan pembangunan generasi baharu vaksin Covid-19 yang boleh melindungi dengan lebih berkesan terutamanya terhadap varian yang lebih cepat menular.
Selepas satu sidang maya berkenaan pembuatan cip komputer semalam, Biden menjelaskan ujian perubatan ketika ini dapat dilakukan dengan pantas susulan kemajuan teknologi ketika ini.
Biden turut berseloroh berkenaan keadaan kesihatannya yang semakin baik setiap hari.
Walaupun suaranya masih serak dan masih mengalami hidung tersumbat, namun beliau semakin sembuh.
Itu adalah kemunculan pertama sejak Biden dijangkiti Jumaat lalu.
Beliau juga dijangka menyampaikan ucapan yang dirakam dalam Persidangan Eksekutif Penguatkuasaan Undang-Undang Pertubuhan Kebangsaan di Orlando.
Biden, Putin bincang krisis Ukraine, perjanjian nuklear Iran
Suara serak, Presiden AS makin pulih jangkitan Covid-19
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sini Dengan Penafian Mahathir
- Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC
- Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin
Lawati Laman :
Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!