Wanita lepas 10 das tembakan di lapangan terbang Dallas

Wanita lepas 10 das tembakan di lapangan terbang Dallas

Wanita lepas 10 das tembakan di lapangan terbang Dallas
POLIS dikerahkan ke Lapangan Terbang Love Field susulan insiden yang berlaku. – AGENSI

DALLAS: Seorang wanita berusia 37 tahun melepaskan beberapa das tembakan ke arah siling di dalam Lapangan Terbang Dallas Love kelmarin sebelum dia ditembak pasukan keselamatan dan mengalami kecederaan.

Wanita itu tiba di lapangan terbang tersebut pada pukul 11 pagi waktu tempatan dan menuju ke arah kaunter tiket sebelum memasuki tandas, menurut Ketua Polis Dallas, Eddie Garcia dalam sidang akhbar.

Kemudian, dia keluar dari tandas sambil mengenakan pakaian yang berbeza daripada yang dipakainya ketika mula-mula tiba di lapangan terbang berkenaan.

Secara tiba-tiba, wanita itu mengeluarkan senjata api dan melepaskan beberapas das tembakan.





“Setakat ini, kami belum mengenal pasti apakah sasaran tembakan suspek.

“Insiden itu menyebabkan pegawai keselamatan yang berada di dalam lapangan terbang itu bertindak segera dan melepaskan tembakan ke arahnya sebagai langkah keselamatan.


Disyorkan Untuk Anda :


“Suspek mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital sebelum ditahan,” katanya.

Selain itu, Garcia memberitahu, tiada individu lain cedera dalam insiden tersebut.

Polis kemudiannya mengenal pasti identiti suspek yang dikenali sebagai Portia Odufuwa.





Wanita lepas 10 das tembakan di lapangan terbang Dallas
PORTIA ODUFAWA

“Kami ingin maklumkan kepada orang ramai bahawa insiden ini tidak berlarutan dan berisiko. Kami berjaya mengawal keadaan,” ujar Garcia.

Dalam pada itu, seorang saksi, karen Warner memberitahu The Dallas Morning News, dia terdengar bunyi tembakan ketika ingin mendaftar masuk di kaunter.

“Sebelum itu, saya terdengar bunyi pertengkaran sebelum tembakan dilepaskan.

“Dianggarkan 10 tembakan dilepaskan ketika kejadian, menyebabkan saya dan orang ramai lari bertempiaran,” jelasnya.

Sehubungan itu, lapangan terbang berkenaan menangguhkan operasi selama beberapa jam sebelum memulakan semula jadual penerbangan.





Insiden itu bukan yang pertama berlaku di lapangan terbang tersebut apabila pada 2016, polis menembak seorang lelaki yang cuba mencederakan polis dengan batu selepas bertengkar dengan bekas kekasihnya. – AP

86 kediaman hangus, timbalan syerif maut dalam kebakaran hutan di barat Dallas

 

Wanita lepas 10 das tembakan di lapangan terbang Dallas

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker