ASHIRA TAK KISAH, LEBIH SUKA KUNCI MULUT

DITUDUH TINGGALKAN BAD KETIKA SAKIT

ASHIRA TAK KISAH, LEBIH SUKA KUNCI MULUT

ASHIRA TAK KISAH, LEBIH SUKA KUNCI MULUT

Penyanyi Ashira Aziz, 37, sebelum ini mengambil keputusan mengunci mulut dan meminta wartawan memberikan ruang untuk bertenang, selepas mengumumkan perceraiannya dengan Bad menerusi hantaran video dalam Instagram pada Jun lalu.

Namun, Ashira akhirnya membuka mulut selepas sebulan perceraiannya dengan anggota kumpulan Indigo itu. Ashira berkata, dia tidak perlu menjelaskan apa yang berlaku terhadap rumah tangga bersama Bad selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Ashira tidak kisah dituduh meninggalkan bekas suami disebabkan masalah kesihatan dihadapi. Malah, dia berterima kasih kepada Bad kerana menjelaskan tuduhan netizen yang mendakwanya enggan menjaga bekas suami itu ketika sakit, baru-baru ini.

“Saya berterima kasih kepada Bad menjelaskan segala-galanya. Saya tidak minta Bad berbuat demikian, ini kerana tidak perlu menjelaskan kepada netizen terhadap apa yang berlaku dalam rumah tangga.

ASHIRA TAK KISAH, LEBIH SUKA KUNCI MULUT





“Jika ada yang mahu menuduh saya buat keputusan berpisah kerana enggan menjaga suami sakit, terpulanglah. Saya lebih suka mengunci mulut kerana tidak mahu membuka ruang untuk netizen terus mengata. Ini kerana kita tidak mampu menutup mulut orang,” ujarnya.


Disyorkan Untuk Anda :


Biarpun sudah berpisah, kata Ashira, hubungannya dengan Bad masih baik sebagai kawan. Malah, katanya, Bad terlebih dahulu menghubunginya untuk memaklumkan kenyataan akan dibuat bagi menjelaskan tuduhan netizen.

“Saya membaca kenyataan Bad. Malah, sebelum ini, Bad ada memaklumkan kepada saya selepas temubual bersama media. Sebenarnya jika Bad tidak menjelaskan kepada media pun tidak mengapa.

ASHIRA TAK KISAH, LEBIH SUKA KUNCI MULUT

“Saya tak kisah pun jika orang hendak menyalahkan saya sejak awal lagi. Saya memang tidak mahu membesar-besarkan isu perceraian ini,” kata Ashira yang lebih suka mengunci mulut kerana tidak mahu membuka ruang untuk netizen terus mengata mengenai punca perpisahan dengan Bad.





Sementara itu, berkongsi perkembangan kerjaya, Ashira berkata, dia kini banyak memenuhi undangan acara gig dan menyanyi di restoran atau majlis hari jadi. Katanya, setakat ini, dia belum mempunyai rezeki dalam bidang nyanyian dalam arus perdana, sebaliknya lebih banyak bergerak secara ‘underground’.

“Setakat ini, bukanlah setiap hari saya menyanyi, sebaliknya dua atau tiga hari saya menyanyi. Buat masa ini, belum ada lagi rezeki menghasilkan single dan sebagainya.

ASHIRA TAK KISAH, LEBIH SUKA KUNCI MULUT

“Apapun, saya tetap bersyukur masih mampu menyediakan makanan untuk anak dan ada bumbung untuk berteduh. Walaupun tidak berjaya dalam arus perdana, Allah memberikan rezeki pelbagai cara,” tuturnya.

Ditanya adakah serik mahu berkahwin lagi selepas dua kali melalui episod kegagalan rumah tangga, Ashira berkata, buat masa ini, dia enggan memikirkannya dan selesa dengan kehidupan sekarang.





Terdahulu, Ashira dan Bad berkenalan menerusi program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7). Kemudiannya membuat keputusan mendirikan rumah tangga pada 11 Mac lalu. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata melalui perkahwinan yang hanya mampu bertahan selama setahun itu.

ASHIRA AZIZ : SAYA TIDAK PERNAH BERITAHU SUDAH PAKAI TUDUNG SEPENUHNYA

 





ASHIRA TAK KISAH, LEBIH SUKA KUNCI MULUT


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker