Bayi 10 bulan terperangkap dalam kereta

 

Bayi 10 bulan terperangkap dalam kereta
Anggota bomba berusaha mengeluarkan bayi lelaki berusia 10 bulan (kanan) yang terperangkap dalam kereta di Jitra, hari ini. – Foto BOMBA

JITRA: Pasukan bomba terpaksa dipanggil membantu mengeluarkan bayi lelaki berusia 10 bulan yang terperangkap dalam sebuah kereta di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan mengenai kes itu jam 7.40 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Sezali Hassan tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Setiba di lokasi, didapati bayi lelaki berusia 10 bulan itu masih terperangkap di dalam kereta jenis Honda City yang terkunci. Komander operasi mengarahkan anggota untuk berusaha membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas yang dibekalkan.





“Pintu kereta itu berjaya dibuka dan bayi 10 bulan berkenaan berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya memaklumkan operasi berkenaan tamat pada jam 8.34 pagi.

Kepala air: Kanak-kanak terperangkap 2 jam di tengah sungai

Bayi 10 bulan terperangkap dalam kereta


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker