Dendam NSFC terhadap TFC terbalas
Dendam NSFC terhadap TFC terbalas

SEREMBAN: Dendam Negeri Sembilan FC (NSFC) terhadap Terengganu FC (TFC) akhirnya terbalas apabila menewaskan lawan itu 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.
Dalam dua perlawanan sebelum ini di tempat lawan termasuk pada aksi Piala FA, NSFC tewas 0-1 dan seri 0-0.
Skuad bimbingan K Devan yang mendapat sokongan lebih 8,000 penyokong, berjaya memanfaatkan kelebihan di laman sendiri untuk mencatat kemenangan sekali gus menebus kekecewaan lalu.
Dengan kemenangan itu, NSFC mengumpul 23 mata namun kekal di tempat ketiga carta.
Gol pertama tuan rumah terhasil pada minit ke-17 apabila Yashir Pinto menyudahkan bola lintang hantaran Che Rashid Che Halim.
Jaringan pendahuluan itu, bagaimanapun tidak bertahan lama apabila melalui serangan balas pantas, kapten Terengganu Kipre Tchetche menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-19.
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sini Dengan Penafian Mahathir
- Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC
- Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin
Jaringan itu berpunca daripada keadaan kucar-kacir dalam kawasan gol tuan rumah sekali gus menewaskan Ahmad Syihan Hazmi Mohamad.
Pada minit ke-37, kawasan gol NSFC diuji sekali lagi menerusi sepakan lintang Faisal Halim, namun Kipre sedikit terlambat untuk menyambar bola berkenaan.
Bersambung babak kedua perlawanan, NSFC yang memperkemaskan semula serangan mereka berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Gustavo Almeida yang menewaskan Muhammad Rahadiazli Rahalim pada minit ke-51.
Anak buah Nafuzi Zain berusaha mendapatkan gol penyamaan tetapi usaha mereka tidak kesampaian apabila keputusan 2-1 berpihak kepada tuan rumah.
Dendam NSFC terhadap TFC terbalas
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Lawati Laman :
Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat