Dua gol Mintah buat Kedah gigit jari

Dua gol Mintah buat Kedah gigit jari

Dua gol Mintah buat Kedah gigit jari
Pemain Kedah Darul Aman FC, Wanja Ronald Ngah membuat rembatan dan cuba dihalang pemain Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. STR/OWEE AH CHUN.

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

KDA berjaya mendahului pada minit ke-42 selepas pemain muda, Aiman Afif Md Afizul menanduk masuk bola hantaran kapten pasukan, Syazwan Zainon.

KL City terpaksa menunggu minit ke-56 untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Jordan Mintah selepas Kamal Azizi Zabri dijatuhkan pertahanan KDA.

Jaringan itu jelas menaikkan semangat anak buah Bojan Hodak untuk memburu jaringan kedua dan usaha mereka berhasil juga menerusi ledakan Mintah yang menyudahkan hantaran Romel Morales pada minit ke-72.





Kedudukan 2-1 memihak KL City kekal hingga wisel penamat dan tiga mata berharga itu menyaksikan skuad City Boys merampas kedudukan keempat Liga Super daripada KDA.


Disyorkan Untuk Anda :


KDA yang jatuh ke tangga kelima mengumpul 17 mata, hanya satu mata di belakang KL City yang sudah beraksi 13 perlawanan musim ini.

TFC II di tempat ketiga, Mintah menang bersama Kasut Emas

Dua gol Mintah buat Kedah gigit jari


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker