Dua keluarga bertumbuk gara-gara potong barisan di Disney World

Dua keluarga bertumbuk gara-gara potong barisan di Disney World

Dua keluarga bertumbuk gara-gara potong barisan di Disney World
RAKAMAN awal insiden pergaduhan itu tersebar di media sosial pada minggu lalu. – TNI PRESS LTD

TALLAHASSEE: Rakaman video menunjukkan pergaduhan besar tercetus apabila sebuah keluarga cuba menghalang seorang wanita daripada memotong barisan ketika bercuti di Disney World di Florida, menjadi tular dalam media sosial.

Insiden itu menyebabkan penangkapan, kecederaan sehingga dibawa ke hospital dan larangan seumur hidup untuk memasuki taman tema terkemuka tersebut.

Lapor Daily Mail, rakaman video menunjukkan pergaduhan 10 individu yang mengamuk turut menyaksikan aksi tumbukan dan jeritan kata-kata cacian antara dua keluarga ketika berdiri dalam barisan panjang untuk menonton persembahan Mickey’s PhilharMagic di taman tema kanak-kanak itu.

Memetik laporan WDWNT, ketika kejadian, seorang wanita keluar daripada barisan untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal dalam skuter dan apabila dia kembali semula, sebuah keluarga lain yang sedang berbaris menghalangnya lalu menolak individu berkenaan.






Disyorkan Untuk Anda :


Menurut saksi, keluarga wanita itu dilarang bercuti di Disney World untuk seumur hidup manakala dua individu daripada keluarga lain pula ditahan.

Beberapa individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan itu mengalami luka dan lebam manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital akibat cedera di bahagian dagu.

Kena saman selepas video potong barisan tular

Dua keluarga bertumbuk gara-gara potong barisan di Disney World






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker