Dua pegawai kontinjen negara positif COVID-19

Dua pegawai kontinjen negara positif COVID-19

Dua pegawai kontinjen negara positif COVID-19
Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya (kiri) bersama timbalannya Gerard Monteiro Clair (dua kiri) di National Exhibition Center (NEC), Birmingham, hari ini – Foto ihsan FB Shahrul Yahya

BIRMINGHAM: Dua pegawai kontinjen Malaysia disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin, kata Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Namun beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Dua pegawai kontinjen negara masih menjalani kuarantin kerana positif COVID-19. Kita akan lepaskan mereka bila tahap positif mereka berkurangan.

“Namun secara keseluruhannya semua dalam keadaan baik,” katanya di sini, hari ini.





Mengenai kedudukan atlet negara, Shahrul berkata sejumlah mereka sudah berada di sini, sekurang-kurangnya seminggu lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan venue pertandingan selain keadaan mereka juga semua baik.

Mengenai pakaian rasmi kontinjen negara pada perasmian Sukan Komanwel esok, Shahrul belum sedia berkongsi mengenainya.


Disyorkan Untuk Anda :


“Pakaian kontinjen ngara untuk acara pembukaan masih embargo,” katanya dalam nada berseloroh.

Perasmian Sukan Komanwel 2022 dijadual diadakan di Stadium Alexander, di sini, jam 7 malam esok atau awal pagi Jumaat waktu Malaysia.

Kontinjen Para sedia beraksi di Solo





Dua pegawai kontinjen negara positif COVID-19


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker