Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat

Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat

Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat

Ismail Sabri mengesahkan pihak kerajaan merasakan tiada keperluan untuk menyambung MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan.

Untuk rekod, tarikh akhir MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang telah ditandatangani akan berakhir pada 31 Julai 2022 ini.

“Tak penting sama ada MoU bertulis atau tidak, tapi yang lebih penting adalah kesefahaman untuk beberapa isu tertentu”.





“Persefahaman demi kepentingan rakyat kita boleh teruskan,” jelas Ismail Sabri.

Menyentuh tentang pembubaran parlimen, Ismail Sabri berkata:

“Pembubaran parlimen tidak bergantung kepada mana-mana pembentangan Rang Undang-Undang (RUU), di Dewan Rakyat”.

“Asalkan sampai waktunya, sesuai untuk dibubarkan, maka bubar lah,” tambah Ismail Sabri.

Dari kenyataan Ismail Sabri, adalah sangat jelas beliau telah memberikan petunjuk bahawa PRU 15 akan diadakan tanpa menunggu RUU Anti Lompat Parti diwartakan.





Dalam artikata lain, berkemungkinan besar, Ismail Sabri akan memohon YDP Agong membubarkan parlimen sebaik sahaja parlimen habis bersidang.

Keadaan ini pasti menggusarkan kluster Putrajaya UMNO.

Harapan mereka untuk melihat MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan disambung tidak kesampaian.

Harapan mereka untuk memegang kuasa hingga akhir penggal juga tidak akan kesampaian.

Malah, dalam keadaan sekarang, sama ada ROS akan myeluluskan pindaan perlembagaan UMNO dengan segera atau tidak, sudah tidak menjadi isu.





Oleh itu, hasrat kluster Putrajaya UMNO untuk menukar kepimpinan UMNO juga hanya tinggal impian.

Jadi nasihat Edisi Siasat kepada kluster Putrajaya, kalau hendak lompat ke parti lain, eloklah lompat sekarang.

Bukan sebab apa, nanti kalau Akta Anti Lompat Parti dikuatkuasakan, sudah tidak ada peluang untuk melompat lagi.

Hendak kekal dengan parti sekarang, maka harapan untuk tidak dicalonkan adalah sangat cerah…😉

 





Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker