JDT sahkan berpisah dengan Mora.

JDT sahkan berpisah dengan Mora.

JDT sahkan berpisah dengan Mora.
JDT, Mora sah berpisah

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya mengumumkan perpisahan dengan ketua jurulatih Harimau Selatan, Benjamin Mora.

Menurut kenyataan JDT di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers menjelaskan pengendali berusia 43 tahun itu meminta untuk membenarkannya pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.

“JDT menghormati permintaan berkenaan dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang.

“Benjamin adalah jurulatih JDT yang paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.





“Benjamin mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan.

“Terima kasih, Benjamin. Anda akan selamanya menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT. Jumpa lagi,” jelas kenyataan JDT.


Disyorkan Untuk Anda :


Pengumuman JDT itu menamatkan segala spekulasi yang bertiup kencang mengenai masa depan Mora bersama juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut itu.

Spekulasi tercetus selepas Mora tidak bersama pasukan dalam dua perlawanan terakhir iaitu menentang berdepan Penang dalam Liga Super dan aksi suku akhir Piala FA berdepan Melaka United, Sabtu lalu.

Ketiadaan pengendali itu menyaksikan tugasnya dipangku penolong jurulatih, Mohd Hamzani Omar dalam dua perlawanan terakhir JDT sebelum ini dengan mereka berjaya mengalahkan Penang 1-0 dan menang 2-1 ke atas Melaka United di gelanggang lawan.





JDT belasah Kelantan

JDT sahkan berpisah dengan Mora.


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker