Kes ragut bersiri: Selepas pasangan kekasih, seorang lagi ditahan polis

Kes ragut bersiri: Selepas pasangan kekasih, seorang lagi ditahan polis

Kes ragut bersiri: Selepas pasangan kekasih, seorang lagi ditahan polis
Laporan BH Online pada 21 Julai lalu mengenai penahanan sepasang kekasih disyaki terbabit jenayah ragut sekitar Arau.

ARAU: Polis menahan seorang lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan sepasang kekasih yang ditahan lebih awal selepas dipercayai terbabit dalam sembilan kes ragut sekitar Arau dan Kangar sejak Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Sungai Baru, Simpang Empat, Kangar, sekitar jam 2.30 petang semalam.

“Suspek yang berasal dari Sungai Batu Pahat dan bekerja sebagai buruh kontrak binaan itu ditahan kerana dipercayai turut terbabit dengan kejadian samun tepi jalan di daerah ini yang mempunyai kaitan dengan sepasang kekasih yang ditahan sebelum ini.

“Hasil siasatan awal, polis percaya suspek sebelum ini menerima sebentuk cincin emas dari rakan sejenayahnya yang disyaki disamun sebelum menjual cincin berkenaan di sebuah kedai emas di Kangar.





“Malah, lelaki itu juga dipercayai bersama rakan sejenayahnya, iaitu suspek utama kes ini turut melakukan perbuatan jenayah ragut di sekitar Kangar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Disyorkan Untuk Anda :


Katanya, berdasarkan semakan rekod jenayah, buruh berkenaan mempunyai lima rekod jenayah termasuk tiga berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo berwarna biru berserta kad sim, dua keping resit termasuk satu salinan jual beli dipercayai barangan curi yang dilupuskan. Suspek direman sehingga 3 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, suspek utama kes ragut bersiri berkenaan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk siasatan lanjut.

Reman lelaki berusia 27 tahun itu yang tamat hari ini di IPD Arau tidak disambung, sebaliknya dia diserahkan kepada IPD Kangar, manakala teman wanitanya berusia 42 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.





Pada 21 Julai lalu, polis menahan sepasang kekasih kerana dipercayai terbabit sekurang-kurangnya sembilan kes jenayah ragut di sekitar daerah Arau dan Kangar.

Malah, suspek utama mempunyai 14 rekod kes jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah, samun, memiliki barang curi dan mendatangkan kecederaan di Kangar selain Bukit Jelutong, Shah Alam dan Kajang di Selangor.

 

Kes ragut bersiri: Selepas pasangan kekasih, seorang lagi ditahan polis

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker