Polis buka kertas siasatan kes kanak-kanak autisme lebam di telinga

Polis buka kertas siasatan kes kanak-kanak autisme lebam di telinga

Polis buka kertas siasatan kes kanak-kanak autisme lebam di telinga

BUKIT MERTAJAM: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menghidap autisme mengalami kecederaan di telinga, didakwa didera seorang guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Seberang Jaya di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata pihaknya mengambil maklum berhubung perkara yang ditularkan di laman sosial.

Beliau berkata, kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu yang turut tular di media sosial.





“Ekoran daripada kejadian itu yang berlaku pada 19 Julai lepas, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu kanak-kanak itu di Balai Polis Seberang Jaya dan kejadian berlaku di sekolah pendidikan khas kira-kira jam 9.30 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian disyaki berlaku ketika mangsa dikatakan bertindak agresif di dalam kelas sehingga menyebabkan beberapa pelajar lain takut dan menangis.

“Akibat tindakan kanak-kanak itu, suspek yang juga guru wanita berumur 30-an telah datang dan memegang kedua-dua belah telinga mangsa untuk menenangkannya.


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan kepada masyarakat setempat,” katanya.





Terdahulu, dalam satu hantaran di Facebook, ibu kepada kanak-kanak berkenaan mendakwa anaknya didera di sekolah oleh seorang guru sehingga meninggalkan kesan lebam teruk pada kedua-dua belah telinganya kerana dikatakan aktif di dalam kelas.

Wanita itu turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan telinga kanak-kanak itu yang berwarna kebiruan-biruan sebagai bukti kepada dakwaannya itu dan selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan kesan lebam itu berpunca daripada penderaan.

 

USOP NAFI PUKUL TUNANG SAMPAI MATA LEBAM





Polis buka kertas siasatan kes kanak-kanak autisme lebam di telinga

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker