Sara Ali tak pilih skrip tapi cerewet siapa pengarah

Enggan buang masa dengan karya tak berkualiti

Sara Ali tak pilih skrip tapi cerewet siapa pengarah

Sara Ali tak pilih skrip tapi cerewet siapa pengarah
Sara akan teliti dahulu hasil kerja seseorang pengarah sebelum terima tawaran.

JIKA kebanyakan pelakon memilih jalan cerita dan skrip berkualiti sebelum menerima tawaran, lain pula ceritanya dengan Sara Ali yang akan melihat dahulu siapa pengarah terlibat.

Melalui pengalaman sendiri, Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali, 32, berkata, dia tidak mahu lagi membuang masa dengan sebuah produk tidak berkualiti seperti yang digambarkan.

“Saya tidak kisah skrip okey atau tidak. Apa yang penting adalah pengarah kerana kalau jalan cerita bagus tetapi pengarah tidak, maka hasilnya akan jadi tak best.

Sara Ali tak pilih skrip tapi cerewet siapa pengarah
Sara tidak mahu buang masa terlibat dalam karya tidak bagus.

“Saya gunakan cara ini dalam memilih tawaran berlakon. Apa yang saya buat adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Ada ketika dengar cerita orang tentang seorang pengarah yang bagus, namun apabila bekerja bersamanya sebaliknya yang berlaku,” kata Sarah kepada mStar.





Sara ditemui ketika sidang media pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Murder In Moonlight yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.


Disyorkan Untuk Anda :


Sebagai seorang pelakon, kata Sara, dia berhak untuk menghakimi cara kerja seseorang pengarah dan penonton tidak seharusnya meletakkan sepenuh kesalahan kepada pelakon jika sesebuah filem atau drama itu tidak berkualiti.

Justeru kata Sara, dia akan meneliti terlebih dahulu hasil kerja seseorang pengarah sebelum menerima sesuatu tawaran dan memastikan individu tersebut mempunyai kriteria dimahukan.

“Pelakon juga boleh judge hasil kerja seorang pengarah. Kami tahu dengan siapa mahu bekerja atau sebaliknya.

“Kriteria paling penting adalah seorang pengarah itu perlu faham skrip. Pernah sekali saya terlibat dengan sebuah penggambaran, seorang pengarah tak faham jalan cerita sedangkan lima orang di lokasi sama boleh faham.





Pelakon juga boleh judge hasil kerja seorang pengarah. Kami tahu dengan siapa mahu bekerja atau sebaliknya. – SARA ALI (PELAKON)

“Ada perkara yang kadang-kala boleh kita bangkitkan, tetapi demi kesejahteraan semua, saya layankan sahaja,” jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang drama terbaharunya itu, kata Sara dia bagaikan tidak percaya kerana diberi peluang memegang watak utama dalam sebuah karya genre misteri komedi sedangkan selama ini tidak pernah terlibat dalam projek sebegitu.

“Tak sangka sebenarnya nama saya dipilih. Saya hadiri dua kali sesi uji bakat dan tak pernah meletakkan harapan.

 

Sara Ali tak pilih skrip tapi cerewet siapa pengarah
Barisan pelakon Murder In Moonlight.

“Saya faham jika produksi tidak ambil saya kerana selama ini banyak lakonan saya dalam drama yang berat. Mungkin kali ini mereka mahu beri peluang dan saya terbuka untuk berlakon genre sama jika drama ini diterima baik penonton.





Selain Sara drama itu turut dbintangi oleh Wan Hanafi Su, Riz Amin, Hana Nadira, Sharifah Amani, Radhi Khalid, Ruzana Ibrahim dan Thanuja Ananthan.

Drama Murder In Moonlight bakal memulakan siaran pada 1 Ogos di Saluran Astro Citra.

Jawatankuasa khas pantau kos sara hidup pelajar IPT

Sara Ali tak pilih skrip tapi cerewet siapa pengarah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker