Shuk Sahar diminta buat solat taubat
Doa dapat kembali ke pangkuan isteri
Shuk Sahar diminta buat solat taubat

MESKIPUN belum meletakkan sebarang nokhtah dalam hubungan mereka, peminat masih berharap pelawak Shuk Sahar dan isteri dapat kembali bersama memperbaiki rumah tangga mereka demi anak-anak.
Perkara itu diluahkan beberapa netizen dalam ruangan komen menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Shuk di TikTok miliknya pada Rabu.
“Kalau ad jodoh, kembalilah kepada Sera dan anak-anak. Tolonglah Shuk, hargai mereka hingga hujung nyawa. Seksa berpisah dengan anak-anak!

“Doa saya, semoga Shuk dan Sera dapat kembali semula sebagai suami-isteri. Pujuklah isteri, buat solat taubat Shuk.
“Usaha tanpa minta bersungguh-sungguh pada Allah memang susah kerana abang banyak kali melukakan,” antara komen netizen.
Menerusi video berkenaan, Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 36, dilihat meluangkan masa bersama dua anaknya di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya.
Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang berharap Shuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik walaupun hubungannya dengan isteri berakhir dengan perpisahan.
“Mungkin bukan suami yang baik, tetapi boleh jadi ayah terbaik untuk anak-anak.
Usaha tanpa minta bersungguh-sungguh pada Allah memang susah kerana abang banyak kali melukakan
NETIZEN
“Apa pun yang terjadi jangan pernah lupa anak-anak. Semua yang berlaku ada hikmah. Semoga yang terbaik buat awak.
“Lebih elok begini, anak-anak perlukan awak,” kata netizen yang lain pula.
Terdahulu, Sera atau Rossalenna Natassyaih Asshaferah dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Shuk pada November tahun lalu namun sehingga kini status perkahwinan mereka masih menjadi tanda tanya.

Malah Sera yang ditemui media pada Isnin lalu enggan membuka mulut tentang status rumah tangganya namun memberitahu masih sayangkan Shuk sebagai seorang rakan.
Pasangan itu berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.
Shuk Sahar diminta buat solat taubat
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Lawati Laman :
Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat