Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?

Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?

Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?

Dalam perbahasan untuk meluluskan RUU Anti Lompat Parti, PH menuduh ahli parlimen kerajaan kononnya mengkhianati demokrasi.

Mereka juga berhujah, atas sebab tersebut, maka berlakulah ketidakstabilan politik negara hingga ke hari ini.

Bagi Edisi Siasat, ahli parlimen PH yang membuat tuduhan tersebut sebenarnya dilanda penyakit ‘selective amnesia’ atau hilang ingatan terpilih.





Prinsip utama demokrasi ialah ‘majority rule the minority’.

Baca di sini:

https://www.lawteacher.net/free-law-essays/administrative-law/majority-rule-and-minority-rights-administrative-law-essay.php

Bila Suara Minoriti Di Angkat Untuk Mengawal Suara Majoriti

Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?

Selepas PRU 14, Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan hybrid.





PKR memenangi (47), DAP (42), PPBM (13), PAN (11) dan Warisan (8).

Dengan campuran dari beberapa parti, Pakatan Harapan berjaya memiliki 121 ahli Dewan Rakyat.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/424036

Sekiranya mengikut prinsip demokrasi yang paling asas, parti di dalam Pakatan Harapan yang layak memerintah ialah PKR.





Ini kerana PKR memiliki jumlah ahlin parlimen paling ramai, 49 orang ahli parlimen.

Tetapi sejarah mencatatkan, dengan dipersetujui PH, PPBM telah mengkhianati prinsip asas demokrasi.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir telah diangkat sebagai Perdana Menteri.

Inilah yang telah menjadi titik hitam sistem demokrasi di Malaysia.

Dan akibatnya wujud ketidakstabilan politik di Malaysia.





Apabila PPBM yang hanya memiliki 13 ahli parlimen dilantik sebagai Perdana Menteri, maka Dr Mahathir merasakan penting untuk beliau mengukuhkan kedudukan di dalam Pakatan Harapan.

Beliau telah memulakan rasuah politik dengan menawarkan jawatan atau membuat ugutan kepada ahli parlimen UMNO supaya melompat ke PPBM.

Akibatnya beberapa orang ahli parlimen BN telah melompat ke PPBM sama ada untuk mendapat imbuhan atau untuk menyelamatkan diri.

Baca di sini:

https://pages.malaysiakini.com/defectors/my/





Namun ketika itu, Timbalan Presiden PPBM ketika itu, Mukhriz Mahathir mengatakan lompatan ahli parlimen ke PPBM akan mengukuhkan Pakatan Harapan.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/02/530814/ahli-parlimen-umno-sertai-bersatu-kukuhkan-ph-mukhriz

Kenapa Mukhriz berkata begitu?

Kerana ketika itu, ianya menguntungkan parti PPBM yang Dr Mahathir dan beliau sertai.

Legasi Dr Mahathir telah diteruskan pula oleh Muhyiddin Yasin dalam membentuk Perikatan Nasional.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/527965

Kesimpulannya, yang paling teruk terkesan dari perbuatan melompat parti ialah UMNO.

Yang mendapat munafaatnya ialah PH, terutamanya PPBM.

Tetapi yang cuba dipersalahkan ialah UMNO!!!

 

Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker