Sindiket seludup masuk, bekal tukang urut Thai tumpas

Sindiket seludup masuk, bekal tukang urut Thai tumpas

Sindiket seludup masuk, bekal tukang urut Thai tumpas
Sebahagian wanita warga Thailand yang ditahan dalam operasi khas Jabatan Imigresen di Johor Bahru. – Foto IMIGRESEN

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket membawa masuk dan membekalkan tukang urut warga Thailand secara haram dalam satu operasi khas di Johor Bahru, minggu lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata operasi tiga hari pada 21 hingga 23 Julai itu berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an yang disyaki dalang utama sindiket berkenaan, selain 27 individu lain.

Katanya, pada 21 Julai, pasukan operasi mengesan sebuah kereta PROTON Saga dipandu lelaki yang disyaki dalang utama sindiket berkenaan di Taman Pelangi.

“Pasukan operasi mengekori dan menahan kenderaan itu. Ketika pemeriksaan, empat wanita warga Thailand didapati berada dalam kereta berkenaan. Kesemua wanita itu tidak memiliki pas perjalanan sah dan dipercayai dalam perjalanan untuk dihantar pulang ke Thailand melalui jalan yang tidak sah.





Pegawai Imigresen (kanan) mengawasi sebahagian wanita warga Thailand yang ditahan dalam operasi khas di Johor Bahru. – Foto IMIGRESEN
Antara wanita warga Thailand yang ditahan Jabatan Imigresen. – Foto IMIGRESEN

“Susulan itu, pasukan operasi menyerbu sebuah rumah didiami dalang berkenaan dan berjaya merampas beberapa dokumen berkaitan aktiviti sindiket membawa masuk dan membekalkan tukang urut asing ke pusat urut refleksologi serta spa di Johor Bahru dan sekitar selatan tanah air,” katanya.

Katanya, pasukan operasi kemudian melakukan dua serbuan di pusat urut dan spa di Taman Austin serta Taman Abad di Johor Bahru yang disyaki ada kaitan dengan sindiket berkenaan.


Disyorkan Untuk Anda :


“Hasil serbuan di dua premis itu, 18 wanita dan tiga lelaki warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut berjaya ditahan, selain dua lelaki tempatan yang menjadi penjaga premis berkenaan. Semua 28 individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 52 tahun,” katanya.

Katanya, modus operandi sindiket itu adalah mengatur kemasukan dan membekalkan tukang urut warga Thailand untuk bekerja di pusat urut menggunakan pas lawatan sosial di sekitar Johor dan negeri-negeri berhampiran.

“Sindiket berkenaan mengunakan kenalan rapat yang tinggal di Thailand untuk mempengaruhi lelaki dan wanita asing dengan menawarkan peluang pekerjaan sebagai tukang urut di negara ini. Risikan juga mendapati aktiviti tidak bermoral turut dijalankan sindiket ini di sebalik perkhidmatan urut.





“Sindiket ini juga menjalankan aktiviti penghantaran pulang mana-mana warga asing yang berhadapan masalah atau warga tempatan yang ingin melepasi sempadan negara melalui laluan tidak sah,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati sindiket mengenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM1,500 bagi setiap tukang urut yang diuruskan dan dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM30,000 sebulan.

“Majikan pusat urut yang disyaki terlibat dalam sindiket ini pula mampu meraih pendapatan sehingga RM50,000 sebulan dengan menggajikan tukang urut haram,” katanya memaklumkan, semua yang tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

 





Sindiket tawaran kerja dalam talian tumpas

Sindiket seludup masuk, bekal tukang urut Thai tumpas

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker