Sindiket tipu tiket wayang, pekerjaan tak wujud tumpas

Sindiket tipu tiket wayang, pekerjaan tak wujud tumpas

Sindiket tipu tiket wayang, pekerjaan tak wujud tumpas
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid (kanan) menunjukkan barang rampasan sindiket penipuan dalam talian di Lumut. – Foto NOOR HIDAYAH TANZIZI

Manjung: Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang menawarkan penjualan tiket wayang dan pekerjaan tidak wujud selepas menahan 83 individu termasuk 10 warga China di beberapa lokasi sekitar Lumut, di sini, kelmarin.

Semua individu terbabit terdiri daripada 59 lelaki dan 14 wanita warga tempatan, sembilan lelaki serta seorang wanita warga China berusia antara 17 hingga 54 tahun.

Mereka ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung yang berjaya membongkar empat pusat panggilan hasil risikan selama dua minggu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sindiket itu aktif sejak dua bulan lalu dengan menyasarkan mangsa yang tinggal di luar negara seperti Hong Kong dan England.





Beliau berkata, ahli sindiket itu juga menjadikan beberapa unit inap desa di sebuah apartment di Lumut sebagai pusat panggilan dan penginapan pekerja.

“Sindiket terbabit menawarkan penjualan tiket wayang yang disiarkan di Hong Kong dengan pelanggan dikehendaki melayari laman web dan mendaftar untuk membeli tiket serta membuat bayaran.


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Selain itu, mereka turut menawarkan pekerjaan tidak wujud kepada warga England dengan gaji AS$50 (RM223) hingga AS$180 (RM803) sehari.

“Mangsa yang berminat akan diberi pautan untuk penerangan lanjut dan dikehendaki mendaftar serta menyelesaikan tugasan dalam website itu sebelum diberi gaji,” katanya pada sidang media di IPD Manjung, hari ini.





Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata, pekerja sindiket itu dikawal ketat sepanjang masa oleh beberapa lelaki tempatan dan warga China dengan makanan akan dihantar dua kali sehari.

“Siasatan awal mendapati sindiket itu memiliki beberapa kumpulan yang dipecah kepada beberapa pusat panggilan yang mana setiap pusat akan menjalankan penipuan dalam talian berlainan mengikut modus operandi diberikan.

“Terdapat juga unit inap desa yang disewa untuk menempatkan pekerja baharu yang direkrut bagi dihantar ke lokasi lain yang masih dikenal pasti,” katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya turut merampas barang kes seperti wang tunai bernilai RM21,786, dua kereta, 541 telefon bimbit, 19 komputer riba, 20 portable TP Link, 59 komputer serta beberapa barang lain yang dianggarkan bernilai hampir RM800,000.

“Semua individu berkenaan direman selama tiga hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan.





“Kita percaya individu warga China menjadi ‘guide’ atau pengajar kepada pekerja lain tetapi kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang dalam sindiket ini,” katanya.

Tiket PETRONAS Terbuka Malaysia mula dijual Khamis

Sindiket tipu tiket wayang, pekerjaan tak wujud tumpas

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker