Suhu turun sehingga dua Celsius, fenomena embun ais di Bromo
Suhu turun sehingga dua Celsius, fenomena embun ais di Bromo

MALANG: Penurunan suhu secara mendadak di Taman Negara Bromo Tengger Semeru (TNBTS) menyebabkan fenomena embun ais berlaku di kawasan itu.
Menurut Ketua Sub Jabatan Data Penilaian TNBTS, Syarif Hidayat berkata, embun ais itu sering berlaku pada waktu awal pagi sebelum matahari terbit di sekitar Bromo dan Ranu Pani.
“Penurunan suhu sehingga dua darjah Celsius direkodkan di TNBTS sejak kebelakangan ini.
“Walaupun fenomena embun ais itu sering berlaku, namun kali ini situasinya berbeza kerana suhu yang direkodkan lebih rendah berbanding sebelum ini,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.
Sehubungan itu, Syarif menasihatkan para pengunjung taman negara itu supaya menyediakan persiapan yang lengkap, termasuk baju panas dan sarung tangan, selain ubatan bagi mengelakkan hal tidak diingini berlaku akibat cuaca sejuk.
Dalam pada itu, jurucakap badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) di Stesen Iklim Karangploso, Edythya Ferlani Wua memaklumkan, biarpun ketika ini musim kemarau melanda, namun kebanyakan wilayah di Jawa Timur merekodkan penurunan suhu.
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sini Dengan Penafian Mahathir
- Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC
- Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin
“Musim kemarau sinonim dengan sejuk kerana angin timur dari Australia yang membawa udara sejuk melalui Indonesia.
“Suhu rendah secara umumnya sering berlaku pada Julai hingga September setiap tahun,” ujarnya.
Jelas Edythya, suhu itu boleh bertukar menjadi lebih sejuk pada Ogos kerana bulan tersebut merupakan kemuncak musim kemarau.
Suhu turun sehingga dua Celsius, fenomena embun ais di Bromo
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Lawati Laman :
Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat