Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah

Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah

Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah

Tragedi kepala air di Gunung Inas, Kedah baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Rakyat terutamanya keluarga mangsa merasa sangat kesal dan berdukacita atas tragedi yang tidak sepatutnya terjadi itu.

Kalau tidak kerana kesilapan dan kegelojohan urus tadbir alam sekitar, mungkin kejadian yang meragut nyawa itu dapat dielakkan.





Sekiranya ia berlaku atas faktor alam semulajadi yang tidak dapat dielakkan, mungkin kemarahan rakyat tidak memuncak.

Tetapi apabila terdedah punca berlaku kepala air adalah kerana penebangan dan sistem saliran yang tidak teratur, maka kemarahan rakyat memuncak.

Namun, apa yang sangat dikesali adalah sikap beberapa orang ahli politik yang pantas mempolitikkan tragedi yang menimpa rakyat.

Pihak kerajaan negeri Kedah saling tolak menolak dan meletakkan kesalahan ke atas pentadbiran sebelum ini.

Drama tuding menuding, salah menyalah mula berlaku.





Ini bukannya masa untuk kita mencari siapa yang sebenarnya bertanggungjawab, tetapi tindakan membantu mangsa tragedi dan langkah memastikan supaya tragedi yang sama tidak berlaku lagi.

Lebih memualkan apabila ada pihak yang cuba mendapatkan ‘political mileage’ atas penderitaan dengan melakunkan watak kononnya simpati dan sedih.

Dari ‘screenshot’, netizen mendedahkan bagaimana Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, memuatnaik sebuah gambar yang kononnya beliau turun padang ke Baling.

Gambar tersebut dikatakan telah dimuatnaik oleh Nurul Izzah dalam akaun Twitter beliau bertarikh 24 Julai 2022.

Bagaimanapun semakan yang dilakukan oleh Edisi Siasat mendapati ciapan tersebut sudah dipadamkan.





Netizen juga mendedahkan, gambar yang dimuatnaik oleh Nurul Izzah sebenarnya adalah gambar yang terdapat dalam lapuran Sinar Harian bertarikh 17 Januari 2019.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/8007/EDISI/Utara/Kerana-Musang-King-empangan-tergadai

Apa tujuan Nurul Izzah menggunakan gambar yang diambil pada tahun 2019 untuk menggambarkan keadaan terkini di Gunung Inas?

Apakah benar beliau benar-benar telah membuat tinjauan di Baling, Kedah?





Yang paling penting, adakah beliau benar-benar prihatin dan simpati atas penderitaan kehidupan rakyat atau sekadar menggunakannya untuk mendapat populariti politik?

 

Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker