Tiga maut, 62 cedera akibat gempa bumi di utara Filipina

Tiga maut, 62 cedera akibat gempa bumi di utara Filipina

Tiga maut, 62 cedera akibat gempa bumi di utara Filipina

MANILA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut selepas gempa bumi berukuran 7.1 skala Ritcher melanda utara Filipina hari ini.

Menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), bencana itu memecahkan tingkap dan meruntuhkan bangunan serta menggegarkan menara bertingkat di ibu negara Manila.

Jelas agensi itu, gempa bumi itu melanda wilayah Abra yang bergunung-ganang di pulau utama Luzon pada 8.43 pagi (waktu tempatan).





Bencana itu menyebabkan penduduk cedera, mencetuskan kejadian tanah runtuh, merosakkan gereja dan terputus bekalan elektrik.

Menurut polis, seorang wanita berusia 23 tahun terkorban selepas sebuah tembok jatuh menimpa atas mangsa di di Bangued, ibu kota wilayah Abra.

Sekurang-kurangnya 62 orang cedera di wilayah berkenaan.


Disyorkan Untuk Anda :


Kata polis, seorang pekerja binaan dilaporkan maut apabila bangunan tiga tingkat yang dalam binaan runtuh di La Trinidad, ibu kota wilayah Benguet.

Tujuh lagi pekerja berjaya melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.





“Seorang lagi terbunuh apabila dia terjatuh dari tapak pembinaan di pergunungan wilayah Kalinga, yang mana lapan lagi cedera,” katanya.

Sementara itu, Mejar Polis Edwin Sergio berkata, orang ramai ketakutan berlari keluar dari rumah dan kedai mereka di bandar Dolores, lokasi yang mengalami kekuatan penuh gempa itu.

“Gempa itu sangat kuat. Sayuran dan buahan yang dijual di pasar juga tidak tersusun selepas meja musnah,” katanya sambil menambah terdapat keretakan kecil di bangunan balai polis.

Sebuah video yang disiarkan di Facebook dan disahkan oleh AFP menunjukkan keretakan di jalan dan tanah di bandar berdekatan Bangued, walaupun tiada kerosakan pada rumah atau kedai.

“Tetapi beberapa orang yang cedera di Bangued dibawa ke hospital,” kata ketua polis Mejar Nazareno Emia. – AFP.





Penyelamat Indonesia cari mangsa terselamat selepas gempa bumi

Tiga maut, 62 cedera akibat gempa bumi di utara Filipina


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker