ALIFF SYUKRI MENANGIS KEGEMBIRAAN
DIISYTIHAR ANTARA PEMBAYAR ZAKAT TERBESAR
ALIFF SYUKRI MENANGIS KEGEMBIRAAN
“Hari indah buat saya dan isteri! Syukur hari ini Zakat Selangor beri penghargaan kepada kami sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor, dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021 hasil bisnes.
“Dulu masa saya mula berniaga 15 tahun lepas, saya hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan. Tetapi, saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan ia menjadi satu semangat untuk saya kerja keras!
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
“Terima kasih doa ibu kandung saya dan isteri,” tulis pengusaha kosmetik dan selebriti media sosial Datuk Aliff Syukri yang menangis kegembiraan apabila dia diberi penghargaan sebagai pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021.
Perkhabaran gembira itu dikongsi oleh Aliff menerusi Instagram miliknya semalam. Dalam pada itu, Aliff turut meminta pengikutnya supaya mendoakan agar dia sentiasa sukses dalam kejayaan dan terus dapat membantu mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah hari ini jadi kenyataan. Tidaklah hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya… tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yang memerlukan,” katanya lagi.
Meninjau ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah, termasuk ibunya, Rozita Ibrahim: “Semoga Allah terus bantu Kri (nama panggilan Aliff) berjaya dan bagi lagi banyak zakat dan infak… Ya Allah senang hati mak Kri,” katanya.
Dalam masa yang sama, usahawan Sajat turut menitipkan ucapan tahniah kepada Aliff Syukri: “So proud of my mentor,” tulisnya.
ALIFF SYUKRI MENANGIS KEGEMBIRAAN
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Lawati Laman :