Ambil Pemain Bola Sebagai Pelakon

Penerbit Optimis Naskhah Anak Rimau The Movie, Kos Cecah RM5.5 Juta

Ambil Pemain Bola Sebagai Pelakon

Ambil Pemain Bola Sebagai Pelakon

Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn. Bhd. yang bakal ditayangkan 1 September depan menampilkan kelainan apabila mempertaruhkan pemain bola sebenar sebagai antara pelakon utamanya.

Berkisar mengenai sukan popular berkenaan, penerbit, Fadzil Manap berkata, filem ini turut menampilkan jumlah pelakon tambahan yang ramai bagi memastikan suasana seperti di stadium nampak realistik seperti dalam situasi sebenar.

Malah, kira-kira RM5.5 juta kos telah dibelanjakan untuk menghasilkan filem berkenaan, tidak menggunakan computer-generated imagery (CGI).





Ambil Pemain Bola Sebagai Pelakon

“Bajet untuk pembikinan Anak Rimau besar sebab ramai pelakon, terutamanya untuk dalam stadium sebab kita nak nampakkan suasana sebenar.

“Anak Rimau adalah satu produksi yang memperlihatkan jumlah penglibatan anak-anak muda remaja dan bakat-bakat baharu dalam skala yang besar.

“Rata-rata pelakon umur masih muda, masih sekolah dan pastinya pihak produksi perlu bertanggungjawab perihal kebajikan dan jadual sekolah mereka.






Disyorkan Untuk Anda :


“Di samping itu, cabaran terbesar yang kami hadapi hampir semua anak cilik Anak Rimau bukanlah latar belakang pelakon. Kami harus siapkan program latihan lakonan dengan Fatimah Abu Bakar yang berjaya membentuk bakat-bakat terpendam mereka dalam menghafal dialog, bermain emosi dengan watak-watak mereka,” katanya.

Fadzil berkata demikian ketika ditemui pada majlis Soft-Launch Anak Rimau The Movie & Pelancaran Koleksi Rasmi, Lagu Tema Dan Muzik Video yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan, Senator Datuk Sri Ti Lian Ker di Al-Ikhsan Sports, The Curve, baru-baru ini.

Katanya lagi, Anak Rimau arahan Areel Abu Bakar yang dibintangi Beto Kusyairy, Idan Aedan, Kechikimi, Azhan Rani, Adam Corrie, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi itu, bakal menemui penonton di 55 buah pawagam mulai 1 September 2022 ini.





“Anak Rimau adalah sebuah filem yang penuh dengan drama, adegan lucu, inspirasi dan sarat dengan mesej yang kami harap mampu memberi impak yang positif kepada penonton tentang pentingnya semangat berpasukan dan pentingnya dorongan keluarga dalam mencapai cita-cita.

“Unsur perpaduan dan nasionalisme yang dimuatkan dalam filem ini sesuai dengan tarikh tayangan 1 September 2022, sesuai dengan suasana ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65 tahun.” katanya yang mendapat idea menghasilkan filem Anak Rimau pada April 2018.

Projek filem berkenaan turut mendapat sokongan Majlis Sukan Negara (MSN).

Sementara itu, sempena pelancaran filem yang bakal ditayangkan, Al-Ikhsan turut melancarkan jersi edisi khas selain menaja jersi yang disarungkan oleh pelakon dalam filem berkenaan.





Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

 





Pan Gon puas hati rimau kembali mengaum

Ambil Pemain Bola Sebagai Pelakon


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker