AUG 2022: ‘Harimau Siswa’ gugup

AUG 2022: ‘Harimau Siswa’ gugup

AUG 2022: 'Harimau Siswa' gugup
Aksi skuad bola sepak Malaysia (jersi hitam) ketika menentang Myanmar pada aksi pembukaan di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Stadium Universiti Ubon Ratchathani, semalam.

UBON RATCHATHANI: Di sebalik kejayaan menundukkan Myanmar 2-1 pada aksi pembukaan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 semalam, namun ‘Harimau Siswa’ disifatkan belum lagi beraksi pada tahap yang sebenar.

Jurulatihnya, Ridzuan Abu Shah menjelaskan ini kerana kebanyakan pemain yang diturunkan pada aksi terbabit masih gementar apatah lagi mereka turun buat kali pertama dalam aksi bertaraf antarabangsa.

Justeru, dia mengharapkan anak buahnya dapat tampil dengan aksi lebih mantap pada aksi seterusnya dalam misi memburu tiket final bagi acara bola sepak pada temasya terbabit.

“Saya berpuas hati dengan persembahan mereka pada pada aksi pertama ini. Bagaimanapun ada sesetengah pemain dilihat sikit gugup kerana ini adalah pengalaman pertama mereka beraksi di pentas antarabangsa.

“Tetapi pasukan kita juga mempunyai beberapa lagi pemain yang berpengalaman di pentas antarabangsa. Mungkin kita akan minta mereka membantu pemain baharu ini.






Disyorkan Untuk Anda :


“Jadi saya harap mereka akan mempamerkan aksi yang lebih baik lagi-lagi kita akan berjumpa Thailand selepas ini. Perlawanan ini amat penting bagi mencerahkan peluang kita untuk ke perlawanan akhir,” katanya.

Namun skuad negara bangkit untuk meledak dua gol pada babak kedua menerusi Mohd Alief Najmi Mohd Radzi (m50) dan Muhammad Zulkarnain Mohd Nasir (m84).

Malaysia akan bertemu Thailand pada 31 Julai sebelum menutup kempen ’round-robin’ menentang Laos pada 2 Ogos.

Sasaran pingat AUG 2022 di ketahui hujung bulan ini





AUG 2022: ‘Harimau Siswa’ gugup


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker