Bomba hantar ramai anggota jika banjir Kampung Iboi makin buruk

Bomba hantar ramai anggota jika banjir Kampung Iboi makin buruk

Bomba hantar ramai anggota jika banjir Kampung Iboi makin buruk
Anggota bomba melakukan pemantauan di kawasan rumah penduduk di sekitar Kampung Iboi yang dinaiki air susulan kejadian kepala air hari ini. Foto ihsan bomba

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bersedia menghantar lebih ramai anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terdekat dari daerah Baling ke Kampung Iboi, Kupang, sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

Ia susulan kejadian kepala air kali kedua berlaku pada jam 3.45 petang tadi di kampung berkenaan menyebabkan air Sungai Iboi mengalir deras.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata setakat ini pasukan dari BBP Baling diketuai Samsari Ibrahim tiba di lokasi pada jam 8 malam tadi untuk melakukan pemantauan.

Katanya, beliau sudah mengarahkan BBP berhampiran dalam keadaan bersiap sedia jika paras air meningkat.





“Setakat ini tujuh anggota BBP Baling berada di lokasi untuk melakukan pemantauan.


Disyorkan Untuk Anda :


“Hasil pemantauan di Kampung Iboi mendapati, terdapat tiga keluarga berpindah sendiri ke tempat selamat selepas rumah mereka dinaiki air.

Dalam kejadian hari ini, hujan lebih satu jam menyebabkan kejadian kepala air berlaku lagi di Kampung Iboi, petang tadi.

Kejadian jam 3.45 petang itu menyebabkan air sungai laju yang melimpah dari Gunung Inas mengalir deras di Jambatan Bailey.

Bomba hantar ramai anggota jika banjir Kampung Iboi makin buruk





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker