Hujan berterusan, 32 penduduk pindah ke PPS
Hujan berterusan, 32 penduduk pindah ke PPS

BALING: Tujuh keluarga membabitkan 32 penduduk dari Kampung Padang Empang, Kupang, berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Haji Hassan Samah di kampung itu apabila rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter malam ini.
Mangsa berpindah mulai jam 10 malam apabila keadaan rumah tidak selamat didiami berikutan hujan masih berterusan.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Kapten Rasidah Kassim, berkata setakat ini satu PPS dibuka bagi menempatkan mangsa ekoran kediaman mereka dimasuki air.
Beliau berkata, hujan tanpa henti sejak petang tadi menyebabkan air Sungai Kupang melimpah.
“Penduduk terpaksa berpindah kerana hujan masih turun dan bimbang mereka terperangkap kerana cuaca gelap.
“Langkah awal kita arahkan mereka berpindah bagi mengelak kejadian buruk,” katanya.
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Rasidah berkata, beberapa kampung lain turut dinaiki air termasuk Kampung Iboi,Bendang Bechah, Bendang Padang dan kawasan Sekolah Menengah Yayasan Agama Khairiah, Kupang.
“Sekiranya keadaan bertambah buruk, penduduk di kampung itu juga diarah segera berpindah,” katanya.
Remaja maut, dua parah motosikal bertembung
Hujan berterusan, 32 penduduk pindah ke PPS
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Lawati Laman :