Kematian guru pendidikan moral cetus persoalan keluarga

Kematian guru pendidikan moral cetus persoalan keluarga

KULIM: Kematian seorang guru lelaki yang parah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kulim, hari ini, menimbulkan persoalan ahli keluarganya yang tidak mengetahui punca kecederaan dialami mangsa.

Ini kerana kematian guru pendidikan moral sebuah sekolah di Pulau Pinang berusia 54 tahun itu tidak diketahui puncanya sama ada menjadi mangsa jenayah atau kemalangan selepas dibawa tiga lelaki ke hospital terbabit pada jam 9.15 malam tadi.

Sumber berkata, isteri mangsa membuat laporan berhubung kejadian terbabit selepas tiga lelaki tidak dikenali membawa suaminya pulang dalam keadaan parah ke rumah mereka di Lunas.





“Difahamkan, tiga lelaki itu mendakwa mereka terserempak dengan mangsa dalam keadaan parah akibat kemalangan di Jalan Penang, Pulau Pinang.

“Melihatkan keadaan mangsa tidak sedarkan diri, wanita terbabit meminta tiga lelaki itu menghantar suaminya ke hospital,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


Sumber berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah di tengkuk dan terpaksa dirawat dengan alat bantuan pernafasan.

“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia jam 10 pagi tadi dan punca kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan.

“Tiga lelaki yang menghantarnya ke hospital pula terus beredar dan pemeriksaan awal turut mendapati mangsa mengalami kesan lebam di mata serta luka di beberapa bahagian anggota badan,” katanya.





Sumber berkata, setakat ini polis masih menjejaki tiga lelaki terbabit dan hasil penelitian melalui sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa ditarik keluar ketika berada di sebuah restoran di Pulau Pinang.

“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada kematiannya akibat perbuatan jenayah atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa,” katanya ringkas ketika dihubungi melalui kiriman WhatsApp, malam ini.

PRN Johor: Layakkah Azmin Bercakap Soal Moral?





Kematian guru pendidikan moral cetus persoalan keluarga


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker