Kereta rempuh kedai stesen minyak

Kereta rempuh kedai stesen minyak

Kereta rempuh kedai stesen minyak
Keadaan kereta PROTON Saga yang merempuh kedai di stesen minyak dekat Gemas, petang tadi. Fotro ihsan pembaca

TAMPIN: Sebuah kereta PROTON Saga merempuh kedai serbaneka di stesen minyak di Batu 1, Jalan Batu Anam, dekat Gemas, selepas seorang lelaki tertekan pedal minyak ketika mahu mengisi minyak di situ, petang tadi.

Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu hanya menyebabkan seorang pelanggan yang berada di situ mengalami luka kecil.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki yang juga guru tertekan pedal minyak ketika mahu mengisi minyak.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis PROTON Saga yang terbabas dan tidak membabitkan kecederaan di stesen minyak Petronas Gemas, hari ini.





“Siasatan awal mendapati pemandu guru lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu tertekan pedal minyak dengan kuat ketika cuba membetulkan kedudukan kereta di pam nombor dua.

“Akibat kejadian itu, kereta dipandunya merempuh kawasan jualan stesen minyak itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Disyorkan Untuk Anda :


Beliau berkata, kereta terbabit terlanggar seorang lelaki sedang membeli barang runcit di dalam premis itu dan mengalami luka luka kecil, selain berlaku kerosakan dalam premis.

“Laporan polis sudah dibuat pihak terbabit dan siasatan kes sedang dilakukan,” katanya.

STACY SAHKAN HAMIL 7 BULAN, DIJANGKA BERSALIN OGOS DEPAN





Kereta rempuh kedai stesen minyak


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker