Penduduk Kampung Iboi cemas, air sungai berombak
Penduduk Kampung Iboi cemas, air sungai berombak
BALING: Kira-kira 200 penduduk berhampiran Lata Celak, di Kampung Iboi di sini cemas apabila air sungai di kampung berkenaan naik dan berombak dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang tadi.
Penduduk, Mohamad Isa Ramli, 60, berkata orang ramai mula keluar dari rumah melihat kejadian itu yang dianggap antara yang paling tinggi selepas kejadian banjir dan kepala air pada 4 Julai lalu.
“Kami penduduk di sini tidak pernah tenang, semalam hujan turun dan berhenti sekejap sahaja, petang ini air sungai tinggi dan menghampiri jambatan Bailey, air deras ini turut membawa pasir menyebabkan air nampak berombak dan bergulung.

“Kami bimbang jambatan berkenaan akan dihanyutkan arus deras, ramai penduduk yang keluar melihat di tepi jambatan, semua orang bimbang kejadian banjir dan kepala air akan kembali berulang,” katanya yang juga penjawat awam.
Mohamad Isa berkata, beliau juga sering membuat pemantauan di tebing sungai sehingga jam 12 tengah malam selepas seharian hujan demi tanggungjawab terhadap keselamatan penduduk.
Tinjauan di kampung itu juga mendapati, anggota polis dan jentera bomba turut berada di lokasi selepas menerima maklumat kejadian.
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Iboi, Nor Mohamad Hussain, 60, berkata pihaknya sangat bimbang mengenai keselamatan penduduk kampung yang berkumpul melihat kejadian itu.

Katanya, keadaan arus sungai yang deras berombak dan bergulung itu dapat dilihat apabila hujan berpanjangan.
“Mujur air deras ini hanya bawa pasir sahaja, jika ada kayu besar saya bimbang jambatan Bailey ini runtuh. Dalam masa yang sama, tidak mustahil air boleh melimpah masuk ke rumah penduduk berdekatan.
“Orang ramai mudah rasa panik dan cemas selepas kejadian banjir dan kepala air pada 4 Julai lalu, kami hidup dalam ketakutan selagi kolam takungan air untuk projek ladang durian Musang King tidak dimusnahkan.

“Saya harap kerajaan negeri mendengar rintihan kami, kejadian ini sudah beberapa kali berlaku sejak 4 Julai lalu dan kejadian kali ini arus sungai agak deras, ramai yang masih trauma dan bimbang kolam takungan di puncak gunung pecah, kami tidak mahu menerima padah kali kedua ” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurut Nor Mohamad, pasir yang dibawa arus hari ini dikhuatiri akan menyebabkan sungai di Lata Celak bertambah cetek dan lebih mudah berlaku banjir selepas ini.
Arus deras itu bagaimanapun mulai surut kira-kira jam 4.25 petang dan orang ramai turut mula bersurai selepas keadaan kembali reda.
Penduduk Kampung Iboi cemas, air sungai berombak
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Lawati Laman :