Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor

Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor

Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor

Presiden PAS, Hadi Awang, mengumumkan PAS akan menggunakan logo baharu Perikatan Nasional dalam PRU 15.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/212553/BERITA/Politik/Pas-setuju-guna-logo-baharu-PN





Edisi Siasat difahamkan, ada di kalangan pemimpin PAS sendiri dilihat tidak bersetuju, malah ada yang menganggap ianya ibarat senjata makan tuan.

Baca di sini:

https://premium.sinarharian.com.my/article/208621/fokus/semasa/penggunaan-logo-baharu-pn-mungkin-menjadi-senjata-makan-tuan?

Namun, Hadi Awang dikatakan tetap bertegas supaya PAS menggunakan logo baharu PN sebagaimana yang dicadangkan oleh Muhyiddin Yasin.

Beberapa orang penganalisa politik berpendapat, keputusan PAS itu hanya akan mengulangi kesilapan mereka di PRN Melaka dan Johor.





Untuk rekod, dalam PRN Melaka, PAS tewas dalam kesemua 8 kerusi DUN, manakala di PRN Johor, PAS cuma mampu menang 1 kerusi DUN dari 13 yang ditandingi.

Ahli PAS Akan Menolak Logo Parti Selain Dari Bulan

Prof Dr Azmi Hassan berkata PN memandang rendah tahap kebijaksanaan dan kematangan pengundi dengan mengambil jalan itu.

“Ia tidak akan membawa banyak perbezaan kerana pengundi kita cukup matang dan bijak”.

“Pengundi mengetahui bahawa menukar logo hanyalah memberi wajah baharu manakala segala-gala di dalamnya sama”.

“Memiliki logo baharu tidak akan mengubah apa-apa kecuali sedikit faktor ‘feel-good’”.





“Jika kepimpinan, strategi dan aura parti dalam gabungan itu masih sama, ia tidak akan membawa sebarang perbezaan besar”.

“Saya jangka Bersatu akan peka dengan sentimen pemimpin dan ahli PAS kerana lambang bulan dan warna hijau adalah jiwa parti Islam itu”.

“Saya pasti anda akan menemui bulan di suatu tempat dalam logo dengan latar belakang hijau,” jelas Prof Dr Azmi.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) pula berkata biarpun pertukaran logo tidak banyak memberi kesan terhadap PN.

“Ia mungkin menyebabkan PAS kehilangan beberapa kerusi”.





“Ini adalah kerana penyokong tegarnya tidak boleh menerima perubahan mendadak itu, khususnya ketika PRU15”.

“Hanya logo sahaja baharu tetapi wajah lama masih menjadi calon pada PRU15″.

Ia akan menjadi sangat sukar bagi PAS kerana parti itu sinonim dengan bulan dan bendera berwarna hijau sejak 50 tahun lalu,” katanya.

Bagi Edisi Siasat, realitinya adalah, rakyat bukan menolak logo PN, tetapi rakyat menolak pemimpin yang berada di dalam PN.

Terlalu banyak kesan penderitaan yang pemimpin PN berikan kepada rakyat sepanjang mereka berkuasa.





Menukar logo hanya akan mengulangi kekalahan yang mengaibkan kepada PN, terutamanya PAS dalam PRN Melaka dan Johor.

 

Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker